SHOPEE ADS RANKING OLEH JUHAIRI AZIZ
- Advance Modul Shopee
Juhairi Aziz
- January 27, 2022
- 0
- 447
- 8 minutes read
![SHOPEE ADS RANKING OLEH JUHAIRI AZIZ](https://www.cikgushopee.my/wp-content/uploads/2022/01/271875124_10159740895679280_46552903370260048_n-850x560.jpg)
SHOPEE ADS RANKING
Bagi mendapatkan lebih jualan, iklan produk anda perlu berada di search rank yang tinggi.
Untuk meletakkan produk anda di ranking yang tinggi, anda perlu optimise ads anda berdasarkan beberapa faktor utama seperti bidding, pesaing, quality score, sales, rating, nama produk, ulasan dll.
Persoalannya adakah anda faham apa itu Ads Ranking?
Ads ranking adalah sangat penting apabila kita bermain ads, produk yang berada di hasil carian teratas biasanya mendapat CTR (kadar click) dan CR (kadar membeli) yang lebih tinggi, dan juga mendapat Impression yang lebih tinggi.
Impression adalah stage pertama bagi sales funnel dan ianya sangat penting.
Kalau dibandingkan dengan produk yang berada jauh di bawah pada page hasil carian, biasanya ia mempunyai metrik (CTR dan CR) yang lebih RENDAH kerana mendapat traffic yang KURANG BERKUALITI.
Yelah sape je kat sini nak beli Milo tapi scroll survey-survey sampai 100 produk di page 10 kan?
Oleh itu sangat penting untuk kita memastikan yang Ads kita berada di top search supaya kita memperolehi traffic yang berkualiti.
Shopee telah menyediakan metrik ‘average ranking’ bagi menentukan ranking keyword kita.
Tetapi tahukah anda apa faktor yang menyumbang kepada pengiraan ‘AVERAGE RANKING’ ini?
Tetapi tahukah anda apa faktor yang menyumbang kepada pengiraan ‘AVERAGE RANKING’ ini?
Sebelum menjawab soalan ini, anda perlu faham yang terdapat 5 tab utama hasil carian yang disediakan shopee iaitu;
1. RELEVANT TAB
2. LATEST TAB
3. TOP SALE TAB
4. PRICE LOW TO HIGH TAB
5. PRICE HIGH TO LOW TAB
Ads anda akan mendapat ranking yang berbeza bagi setiap tab ini kerana setiap tab mempunya formula algoritma yang berbeza. Kalau dulu, ranking ads adalah sama di semua tab, tapi tak lagi sekarang!
Formula algoritma tab masing-masing telah dicampurkan ke dalam formula pengiraan ‘Ranking Score’.
Secara kasarnya, ini adalah huraian kelima-lima tab ini:
Secara kasarnya, ini adalah huraian kelima-lima tab ini:
- Relevant Tab adalah tab misteri kerana algoritmanya sentiasa berubah dan terdapat sistem auto learning dan paparan hasil carian yang berbeza mengikut account previous activity.
- Latest Tab adalah berdasarkan produk yang paling terbaru di click “BUMP NOW’
- Top Sale adalah berdasarkan jualan tertinggi, dan perlu ingat Shopee sudah pandai mengecualikan suspicious sales dari dummy/fake order dan brushing. Sebab itu ada seller sold tinggi tapi masih di bawah
- Price high to low adalah susunan mengikut harga tertinggi kepada yang rendah.
- Price low to high adalah susunan mengikut harga yang terendah kepada tertinggi.
Setiap tab mempunyai audience tersendiri.
Ada customer yang membeli hanya menggunakan tab ‘Relevant’, ada yg mencari harga murah di ‘Price Low to High’, ada yang tengok Top Sale’, dan ada yang gunakan ‘Latest’.
Ada customer yang membeli hanya menggunakan tab ‘Relevant’, ada yg mencari harga murah di ‘Price Low to High’, ada yang tengok Top Sale’, dan ada yang gunakan ‘Latest’.
Anda perlu tahu customer produk/niche anda ‘jenis apa’ dan biasanya mereka gunakan tab apa untuk membeli.
Masalahnya sekarang, result ranking yang ditunjukkan di Shopee ads tidak dipecahkan mengikut tab-tab ini.
Pengiraannya adalah secara ‘average’ dari kelima-lima tab ini, dan mengikut range masa yang anda tetapkan.
Pengiraannya adalah secara ‘average’ dari kelima-lima tab ini, dan mengikut range masa yang anda tetapkan.
Jadi untuk mendapatkan lebih data, anda perlu menyemak ranking anda secara ‘manual’ di page carian Shopee.
CARA MENYEMAK RANKING SECARA MANUAL
Untuk mengira secara manual, anda perlu mengenalpasti beza hasil carian organik dan ads. Cuba belajar mengira dari satu tab pilihan anda dahulu.
Saya biasanya menggunakan benchmark rank di ‘top sale’ (ada masa insyaallah saya explain kenapa).
Anda perlu mengenal pasti beza di antara hasil carian ADS dan ORGANIK dengan melihat tulisan kecil “ads” atau “iklan” pada atas gambar produk.
Ketepikan result organik dan hanya kira ranking ads sahaja.
Kalau anda menggunakan PC/Browser, paparan ads adalah 5 produk di atas sekali dan 5 produk di bawah sekali pada halaman hasil carian.
Satu page akan mempamerkan 10 ads sahaja, pengiraan juga perlu mengira page ke berapa produk anda berada.
Contoh: Jikalau ads anda berada di page 3, no 2 dari atas (tab top sale), itu bermaksud rank anda ialah 20 (10 dari page 1, 10 dari page 2) + 2 (rank page 3) = Rank 22 di tab top sale.
Kebiasaannya customer majoritinya membuat pembelian melalui handphone. Dengan mendapat ranking 22, customer anda perlu scroll dan melalui (22×4*) 88 produk terlebih dahulu sebelum jumpa produk anda. Banyak kan?
*darab 4 sebab hasil carian di apps memaparkan 3 organic dan 1 ads, 4 produk dalam satu batch kecuali top 1-2.
Ramai ke disini yang rajin scroll sampai 88 produk bila nak beli sesuatu?
Biasanya customer-customer jenis ni, scroll jauh kebawah kerana mencari sesuatu yang spesifik atau just cuci-cuci mata sahaja. Mereka ini lah trafik tak berkualiti.
Hot customer yang berkualiti biasanya tak sampai ke produk di petak 88 ni.
Sekarang diharap anda faham dengan apa yang saya maksudkan dengan “trafik tak berkualiti”, dan kenapa perlunya kita berada di rank atas pada hasil carian.
Hot customer yang berkualiti biasanya tak sampai ke produk di petak 88 ni.
Sekarang diharap anda faham dengan apa yang saya maksudkan dengan “trafik tak berkualiti”, dan kenapa perlunya kita berada di rank atas pada hasil carian.
Cuba semak balik ads anda secara manual, pecahkan mengikut tab, dan catat pada buku nota supaya senang nak rujuk.
Dan pesanan saya, janganlah lawan bid sampai rugi.
Ukur baju di badan sendiri, gunakan metrik-metrik yang shopee sediakan untuk menganalisis data dan buat perancangan.
Dan pesanan saya, janganlah lawan bid sampai rugi.
Ukur baju di badan sendiri, gunakan metrik-metrik yang shopee sediakan untuk menganalisis data dan buat perancangan.
Diharapkan anda faham dan belajar sesuatu dari perkongsian saya ini.
**Disclaimer **Penulisan ini adalah hasil dari pengamatan dan pandangan peribadi saya sahaja (boleh jadi salah, boleh jadi betul). Dan penulisan ini tidak pernah ditulis atau didedahkan oleh mana-mana pihak/ individu.
‘Run ads ikut data, bukan ikut suka’