ShopeePay Later (Part 2)

 ShopeePay Later (Part 2)

ISU SYARIAH BERKAITAN PENGUNAAN SHOPEE PAY LATER (Ini adalah Tulisan Ustaz Lariba)

Jawapan Ringkas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar dalam sistem SpayLater sebagaimana berikut:

1) Bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan caj lewat bayar, maka berlakulah riba yang diharamkan Syarak.

2) Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu Syariah padanya melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba.

Oleh itu, umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

~~~

Terdapat khilaf dan isu syariah mengenai pembayaran secara one-off. Profesor Dr Asmadi Mohd Naim (Naib Canselor UNISHAMS, ahli panel penasihat shariah Suruhanjaya Sekuriti dan mantan ahli panel penasihat shariah Bank Negara) pernah menulis dalam bukunya bertajuk Q&A Muamalat.

Beliau beri contoh bahawa seseorang beli perabut dengan harga hutang dan akan bayar interest jika terlewat bayar. Untuk elakkan interest, pembeli sentiasa bayar tepat pada waktunya.

Pendapat Pro Dr Asmadi ialah kontrak menjadi bathil (batal) mengikut pandangan jumhur ulama atau fasid pada pendapat Mazhab Hanafi. Kontrak bathil bermaksud transaksi termasuk pertukaran hak milik adalah tidak sah.

Ini adalah kerana kontrak yang kita persetujui mempunyai terma atau klausa yang haram iaitu klausa riba, walaupun kita berusaha mengelakkannya. Maknanya, kita telah bersetuju dengan klausa haram riba itu.

Pendek kata, jauhi Shopee Pay Later dalam semua keadaan sehingga disahkan patuh syariah. Buy Now Pay Later yang sudah patuh syariah ialah Atome, Split dan Airapay.

Wallahu’alam…

~

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…. 😁

Link huraian penuh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5049-irsyad-al-fatwa-siri-ke-638-isu-syariah-berkaitan-pengunaan-shopee-pay-later?fbclid=IwAR0956TLidQZXiUH4Lc_8sXWfIAolIt8CK743UqPAGDyHOinGfPnfH0yklo

Link penerangan kami mengenai Shopee Pay Later pada 17 Januari 2021:

https://www.facebook.com/668124716564583/posts/4102151216495232/?d=n

Afifganu

Afif Ganu

Related post