Ramai orang tanya saya, bila lagi nak buat kelas Shopee yang seterusnya?
Semasa Kelas Asas Shopee di Kuala Terengganu pada 4 Februari yang lalu, terdapat 50 peserta yang hadir dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Walaupun sudah seharian belajar Shopee, mereka tetap tidak ingin pulang selepas kelas berakhir kerana masih banyak yang ingin dipelajari.
Sebenarnya, ramai penjual Shopee yang belum tahu tentang pemasaran percuma di Shopee, bahkan asas listing pun masih banyak yang perlu diperbaiki.
Saya, Cikgu Juhairi dan Puan Zarini merancang untuk buat satu lagi kelas lanjutan secara bersemuka iaitu Shopee Ads Advance di Kota Bharu, Kelantan sebelum bulan Ramadan. Di kelas ini nanti, kita akan belajar secara terperinci cara penggunaan Shopee Ads (iklan) yang paling berkesan.
Syarat untuk menjadi peserta kelas ini, anda wajib tahu dan pernah buat Shopee Ads untuk kedai anda terlebih dahulu (wajib mahir Shopee Ads asas)
Antara topik yang akan dipelajari adalah :- 1. Cara untuk mendapatkan data daripada Shopee Ads 2. Mencari kata kunci yang paling sesuai dan tepat 3. Waktu yang sesuai untuk menggunakan padanan meluas (Broad Match) atau padanan tepat (Exact Match) 4. Persediaan yang perlu dilakukan sebelum mengaktifkan Shopee Ads 5. Menganalisis data Shopee Ads
Topik lanjutan Shopee Ads ini sangat luas dan memerlukan masa selama 2 hari untuk dipelajari. Kita akan membuat kajian kes secara langsung tentang Shopee Ads kedai yang terpilih semasa kelas itu nanti.
Rebut peluang untuk sertai kelas ini kerana slot sangat terhad dan ini merupakan kelas last sebelum bulan Ramadan.
Jom pulun ilmu dan tapau sale kaw-kaw di bulan Ramadan ini untuk duit raya anda.