Kemaskini Terbaru Yuran Komisen & Yuran Transaksi di Shopee [bermula 1 Ogos 2024]

 Kemaskini Terbaru Yuran Komisen & Yuran Transaksi di Shopee [bermula 1 Ogos 2024]

YURAN KOMISEN MARKETPLACE TERBARU

⚠️ Penting: Berkuatkuasa 01 Ogos 2024, kadar Yuran Komisen Pasaran Shopee adalah seperti berikut:

  1. Untuk “Virtual Goods”, sila layari sini untuk maklumat lanjut.
  2. Semua barangan keperluan di bawah FMCG iaitu, produk roti, keperluan untuk membakar, bahan-bahan penting untuk memasak, bahan makanan asas serta makanan segar dan beku akan dikecualikan.
  3. Seiring dengan komitmen Shopee untuk membantu penjual yang baru dalam e-dagang, bermula 24 Oktober 2023, kadar Yuran Komisen Pasaran Shopee yang dikemaskini akan dikenakan setelah penjual berjualan di platform lebih dari 120 hari, yang bermula dari hari penyenaraian produk pertama penjual di platform Shopee. Yuran komisen hanya akan dikenakan mulai hari ke-121 dan seterusnya.

📍 Definisi:
Jumlah pesanan selesai merujuk kepada pesanan berbayar sepanjang masa yang dikirimkan dan diterima oleh pembeli, yang dapat dilihat melalui Order > My Orders > Completed di Seller Centre. Ini tidak termasuk pesanan yang dibatalkan atau dikembalikan, dan pesanan menunggu pembeli untuk menerima dan menerima penghantaran.

💡 Petua:
Rujuk My Income > My Tax Invoices di Seller Centre untuk menyemak yuran komisen yang dikenakan untuk setiap pesanan yang lengkap.

Apakah Maksud Penjual Marketplace?

Penjual Marketplace merujuk kepada semua penjual tempatan yang bukan Shopee Mall, menjual melalui platform Marketplace Shopee.

⚠️ Catatan
Perubahan ini tidak menjejaskan yuran komisen sedia ada yang telah dibayar oleh Shopee Mall dan penjual luar negara.

Bagaimana Bayaran Komisen dikira?

Yuran komisen akan dikenakan pada harga produk anda, selepas ditolak semua Baucar Penjual dan Promosi Penghantaran Penjual.

Diskaun Produk Penjual merujuk kepada rebat item yang disediakan oleh penjual sementara Baucar Penjual merujuk kepada semua baucar yang ditanggung oleh penjual.

*Yuran komisen adalah tertakluk kepada 8% SST.

Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan terperinci tentang cara bayaran komisen dicaj.

⚠️ Catatan:
Yuran komisen yang dikenakan akan ditolak terus daripada pembayaran penjual.

Yuran Komisen Marketplace yang disemak akan berbeza mengikut kategori dan subkategori SKU yang dijual di Shopee. Untuk butiran lanjut, sila rujuk jadual di bawah.

*Senarai penuh komisen terbaru bermula 01 Ogos 2024 (sebelum SST 8%)*

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan 1:
Siapa yang akan dikenakan yuran komisen yang terbaru ini?

Jawapan:
Yuran komisen baharu AHNYA akan dikenakan kepada semua penjual Marketplace tempatan. Ini tidak dikenakan kepada penjual Shopee Mall dan kadar komisen penjual Luar Negara.

⚠️ Catatan:

  1. Yuran komisen adalah tertakluk kepada 8% SST bermula dari 1 March 2024.
  2. Penjual Pasaran yang menjual di Shopee kurang dari 120 hari tidak akan dikenakan bayaran komisen.
  3. Yuran komisen hanya akan dikenakan selepas ambang 120 hari dicapai, yang bermula dari hari penyenaraian produk pertama penjual di platform Shopee. Yuran komisen hanya akan dikenakan pada hari ke-121 dan seterusnya

Rujuk My Income > My Tax Invoices di Seller Center untuk menyemak yuran komisen yang dikenakan untuk semua pesanan anda yang lengkap.


Soalan 2:
Apakah maksud Completed Orders?

Jawapan:
Ianya merujuk kepada jumlah pesanan berbayar yang telah dihantar kepada dan diterima oleh pembeli. Ini tidak termasuk pesanan yang dibatalkan atau dipulangkan/dibayar balik, dan pesanan yang menunggu pembeli untuk menerima penghantaran. Jumlah pesanan lengkap boleh dilihat melalui Order > My Orders > Completed di Seller Center.


Soalan 3:
Adakah yuran komisen terbaru ini merupakan caj tambahan kepada yuran transaksi dan perkhidmatan sedia ada?

Jawapan:
Ya, yuran komisen terbaru ini ialah yuran tambahan yang dikenakan ke atas pesanan yang telah selesai.

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah tambahan kepada yuran transaksi sedia ada dan sebarang yuran perkhidmatan yang berkenaan.

⚠️Catatan:
Rujuk My Income > My Tax Invoices di Seller Center untuk semak yuran komisen yang dikenakan untuk setiap pesanan yang lengkap.


Soalan 4:
Kedai saya menyertai Cashback Programme. Apakah kadar Yuran Komisen terbaru bermula 01 Ogos 2024 sudah termasuk Yuran Servis Cashback?

Jawapan:
Sila rujuk rajah di bawah mengenai kadar terbaru berdasarkan kategori produk.

Rujuk artikel asal kemaskini Yuran Komisen ini di sini.

YURAN TRANSAKSI

Pengumuman Penting:
Bermula 1 Ogos 2024 ini, Yuran Transaksi Shopee (Transaction Fee) akan dinaikkan kepada 3.5% (sebelum SST 8%).

*Semua Yuran Transaksi tertakluk kepada SST 8%.

Semua penjual (termasuk penjual Shopee Mall) dikenakan Yuran Transaksi untuk menampung yuran gerbang pembayaran yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan ke atas semua transaksi dalam talian selepas pesanan berjaya dibuat oleh Pembeli.

Bagaimanakah penjual akan dikenakan bayaran?

Yuran Transaksi Shopee dikira sebagai 3..78% (termasuk cukai SST 8%) daripada jumlah pesanan akhir yang dibayar oleh Pembeli sebelum Diskaun Tajaan Shopee, dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan. Shopee akan menolak Yuran Transaksi secara automatik daripada bayaran kepada Penjual apabila pesanan diselesaikan.

Contoh pengiraan:

Nota:

  • Harga asal barangan adalah RM121. Rebat item Shopee sebanyak RM100 menetapkan harga barangan semasa sebagai RM21.
  • Pembeli menggunakan baucar tajaan Penjual sebanyak RM1. Pembeli membayar RM4.90 untuk penghantaran.

*Yuran Penghantaran tertakluk kepada SST 8%.

Penjual boleh menyemak Yuran Transaksi yang dikenakan ke atas pesanan yang diselesaikan daripada invois cukai yang boleh diakses melalui Shopee Seller Centre > Pendapatan Saya > Invois Cukai Saya.

Rujuk artikel asal berkenaan kemaskini Yuran Komisen ini di sini.

Kesimpulan

  1. Yuran Transaksi sebanyak 3.5% (tidak termasuk SST 8%) akan dikenakan kepada semua penjual Pasaran Tempatan dan penjual Mall, manakala Yuran Komisen Marketplace hanya dikenakan kepada penjual Pasaran Tempatan sahaja & bukan penjual Mall.
  2. Shopee akan caj atau menolak kedua-dua yuran ini secara automatik daripada bayaran kepada penjual selepas pesanan diselesaikan. Penjual boleh semak caj / yuran yang dikenakan melalui invois cukai di Shopee Seller Centre.
  3. Disarankan kepada para penjual untuk menyemak semula margin produk anda sempena 2  jenis kemaskini yuran ini agar untung dan modal anda tidak terjejas.
  4. Bermula 01 Ogos ini juga, semua penjual diwajibkan join Free Shpping.
admin

Ridhwan Musa

Related post