Cancel Order Ketika Musim PKP
Shopee telah memerhati satu peningkatan untuk request cancel order oleh buyer ketika musim PKP ini mungkin disebabkan oleh kelambatan seller untuk mengepos barang. Jadi untuk memudahkan urusan antara seller dan buyer, Shopee telah membuat satu peraturan baru yang akan bermula pada 9 April hingga 14 April.
Kepada Buyer:
Buyer boleh menekan cancel order secara terus tanpa seller perlu menekan approved dalam masa 72 jam selepas membuat pembayaran. Tapi ini jika seller tersebut belum menekan Arrange Shipment. Jika seller telah menekan Arrange Shipment, ini sama seperti sebelum ini, budi bicara dari seller tersebut untuk approved ataupun tidak.
Kepada Seller:
Seller boleh membuat penghantaran dalam masa 5 hari selepas menekan Arrange Shipment berbanding sebelum ini hanya terhad kepada 2 hari sahaja.
Contoh situasi adalah seperti di bawah:
Ali membeli produk A pada 9 April. Seller tersebut menekan Arrange Shipment pada 12 April. Seller perlu membuat penghantaran sebelum atau pada 17 April. Jika tidak, order tersebut akan automatic cancel oleh system pada 18 April.
Tetapi, order yang automatik cancel dalam tempoh ini tidak akan dikenakan penalti oleh Shopee.
Sebarang persoalan lebih lanjut, seller atau buyer boleh menghubungi Shopee untuk rujukan lebih lanjut.