My Shop Profile Shopee
Sebelum anda boleh memasukkan produk dalam Shopee, anda wajib buat 3 perkara dahulu, iaitu:
1) Kemaskini Shop Profile
2) Pilih Shipping Setting
3) Masukkan My Address
Mula-mula, pergi Shop Profile untuk membuat tetapan kedai anda
Dalam Shop Profile, anda boleh meletak nama kedai anda yang mudah orang nak kenal atau ingat. Tambahan lagi, anda boleh meletak logo dan cover photo bagi kedai anda. Untuk menambah identiti kedai anda, anda boleh memuat naik gambar/video sebanyak 5 slot. Anda juga boleh menulis pengenalan ringkas mengenai kedai anda
Tips:
1) Video yang mahu dimuatnaik perlu dimuat naik di Youtube, daripada situ, anda akan link video itu ke Kedai Shopee anda
2) Anda boleh menukar nama kedai anda sebulan sekali jika merasa perlu untuk tukar
Seterusnya, anda boleh menghiasi kedai anda supaya lebih cantik dan nampak lain dari kedai lain dengan Shop Decoration (detail untuk ini akan ditulis di bahagian lain)
Seterusnya perkara kedua yang perlu dibuat adalah pilih Shipping Setting. Di sini, anda akan perasan 2 jenis shipping yang diberi iaitu Shopee Supported Logistic dan More Shipping Option. Shopee Supported Logistic adalah kurier yang telah anda sertai untuk Free Shipping Program manakala More Shipping Option adalah kurier yang biasa digunakan. Anda perlu membuat pilihan sendiri shipping yang mana sesuai untuk kedai dan produk anda.
Seterusnya anda perlu memasukkan alamat penghantaran sama ada rumah anda sendiri atau kedai anda. Alamat ni sangat penting kerana jika ada barang yang perlu return, barang itu akan sampai di alamat ini. Dan Pastikan anda tick bahagian Default, Pickup Address dan Return Address untuk alamat utama anda.
Tambahan untuk modul ini, anda boleh tengok rating di Shop Rating. Pastikan rating anda atas dari 4.7 untuk melayakkan menyertai Program Preferred Seller. Sentiasa tengok rating yang diberi oleh buyer.
My Report adalah tempat untuk anda lihat segala report yang berkaitan seperti Order Report, Income Report dan Marketing Centre Report.
Seterusnya adalah Basic Setting. Di sini, anda perlu membuat beberapa ketetapan. Antaranya adalah Allow Negotiation. Jika anda mahu membolehkan customer anda untuk membuat tawar menawar, anda boleh on kan button itu. Anda juga boleh pilih untuk on atau off verify Login from New Device yang bermaksud, setiap kali nak login device, anda tidak perlu lagi untuk menunggu verification code.
Peringatan: Setting ini adalah untuk security, jika anda merasa tidak selamat, anda boleh terus on kan fungsi ini.
Seterusnya adalah Vacation Mode. Fungsi ini digunakan jika anda ingin pergi melancong atau mahu berehat daripada menjual di Shopee. Jika anda on kan, semua barang dalam kedai anda akan automatik menjadi Sold Out.
Privacy Setting adalah beberapa tetapan yang tidak berapa penting untuk dilihat tapi jika anda tidak mahu orang lain tau apa yang anda buat dalam Shopee, anda boleh off kan saja tetapan dalam ni. Dan di sini, anda boleh lihat senarai user yang telah anda blok.
Sebagai seorang peniaga di Shopee, anda perlu on kan tetapan untuk menerima chat dari customer di Chat Setting. Kemudian, anda boleh membuat tetapan untuk Auto Reply supaya customer tidak menunggu terlalu lama untuk anda memberi respon.
Jika anda mahu tutup notification yang dapat dari Shopee, anda boleh berbuat demikian di Notification Setting
Untuk Account, anda boleh tengok detail akaun anda sama ada email dan no telefon yang di’link’kan dengan shopee ini atau yang lain-lain.
Okay itu sahaja untuk modul kali ini yang perlu dibuat.