My Product Shopee

 My Product Shopee

Mula-mula untuk masukkan produk dalam Shopee, klik My Product

Kemudian, anda jumpa satu button merah yang ditulis + Add a New Product. Anda klik button tersebut.

add product

Selepas itu, anda perlu masukkan nama produk yang anda ingin jual di Shopee. Anda boleh tulis sehingga 120 patah perkataan.

Tips: Tulis nama produk dengan keyword yang customer nak cari sebab hasil carian akan bergantung kepada nama produk, jangan tulis perkataan bombastic yang customer pun tak pernah dengar perkataan tu dan cuba guna sepenuhnya 120 patah perkataan tu

Kat sini juga anda perlu memilih category untuk produk anda.

Tips: Pilih category yang betul supaya mudah produk anda untuk dijumpai.

Selepas itu, anda tekan Next

Anda akan nampak Basic Information yang anda perlu isi untuk produk anda. Product Name dah tersedia isi sebab anda telah mengisinya tadi. Anda perlu isi Product Description yang menerangkan secara detail produk anda. Anda boleh tulis sehingga 3000 patah perkataan

Tips: Tulis detail produk anda sampai kalau customer baca, dia tidak ada soalan dah nak tanya

Selepas tu, anda akan nampak beberapa ruangan kosong yang perlu diisi. Semua ruangan yang terdapat Starred perlu anda isi, kalau tiada Starred, anda boleh pilih untuk tidak isi. Setiap ruangan yang tersedia adalah berbeza mengikut kategori yang anda pilih.

Tips: Untuk bahagian Brand, anda boleh cari jenama anda sendiri, jika tiada, anda boleh pilih No Brand atau Homemade. Untuk daftar brand anda sendiri, anda perlu email Shopee selepas anda dah publish produk

Selepas itu, anda akan jumpa Sales Information. Di sini, anda perlu memasukkan harga produk dan stok yang ada.

Tips: Masukkan harga produk yang paling tinggi yang boleh anda bagi untuk memudahkan anda membuat diskaun pada masa akan datang.

Untuk bahagian ini juga anda boleh membuat variasi jika produk yang anda jual terdapat variasi seperti warna, saiz dan jenis. Anda juga boleh membuat harga berbeza untuk satu produk yang sama guna fungsi variasi ini. Variasi akan membantu memudahkan customer anda untuk memilih produk yang dia mahu beli.

Selain itu, anda juga boleh membuat harga borong untuk produk anda menggunakan fungsi Wholesale. Sebagai contoh, anda boleh tengok contoh di bawah

Peringatan: Anda tidak boleh menggunakan fungsi Wholesale ini jika Variation yang anda buat tidak sama harga

Selepas selesai masukkan harga dan stok, anda akan jumpa Media Management, di sini anda perlu memuat naik satu gambar minimum iaitu cover photo.

Tips: Penuhkan semua ruangan gambar itu, boleh upload semua angle untuk produk itu atau sijil-sijil yang berkaitan dengan produk itu atau testimoni yang ada.

Selesai yang ni, anda akan jumpa Shipping. Anda masukkan berat produk anda dalam Kilogram (KG) dan On kan shipping yang anda mahu guna untuk produk ini. Untuk Shopee Supported Logistics, harga shipping akan automatik dikira berdasarkan berat produk anda. Untuk shipping biasa, anda perlu masukkan sendiri berapa caj postage yang perlu customer bayar untuk setiap pembelian (bukan berdasarkan unit pembelian), ataupun anda mahu tanggung caj postage tersebut, anda boleh tick I Will Cover Shipping Fee.

Tips: Untuk berat, tambah 200gram dari berat asal produk tersebut.

Peringatan: Anda perlu masukkan parcel size jika produk yang anda jual bersaiz sangat besar.

Selepas selesai, last bahagian perlu diisi adalah Others. Anda perlu pilih sama ada produk yang dijual adalah Pre-order ataupun tak berdasarkan masa yang diambil untuk Shipping. Jika anda membuat pre-order, anda perlu pos produk dalam masa 7-30 hari. Jika anda buat ready-stock, anda perlu pos dalam masa 2 hari bekerja. Anda juga boleh pilih sama ada produk yang dijual adalah New atau Used. Ruangan SKU biasa diisi jika anda mempunyai satu gudang yang besar dan mempunyai produk yang banyak untuk memudahkan anda mengesan stok produk anda.

Selepas siap, anda boleh pilih sama untuk Publish atau Save and Delist. Beza dua button ini adalah jika publish, customer dah boleh start membeli produk anda, jika Save and Delist, produk anda tidak akan kelihatan lagi dalam kedai Shopee anda.

Jika produk anda berjaya disiarkan, anda akan dapat tengok list produk anda di sini.

Orite siap untuk masukkan produk.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post