Daftar Akaun Shopee

 Daftar Akaun Shopee

Shopee merupakan satu platform perniagaan yang paling mudah cikgu pernah jumpa untuk kategori marketplace. Berbanding dengan marketplace lain, anda hanya perlu mendaftar untuk satu akaun sahaja, automatik anda akan dapat dua akaun iaitu akaun untuk membeli dan akaun untuk menjual.

Untuk article ni, cikgu akan ajar dulu cara yang betul untuk mendaftar akaun Shopee supaya akaun anda akan kelihatan seperti profesional.

Mula-mula, anda perlu pergi ke webiste shopee, https://shopee.com.my menggunakan Google Chrome

Tips: Lebih elok untuk gunakan Google Chrome berbanding browser lain kerana pernah ada seorang peniaga yang menggunakan Firefox, dia dah publish di setting, tapi produk tersebut tidak kelihatan di kedai dia

Selepas itu, anda akan nampak di sebelah kanan atas, terpapar tulisan Sign Up, anda tekan yang tu untuk mendaftar akaun.

sign up shopee

Selepas itu, akan keluar popup untuk anda mengisi no telefon anda

Peringatan: Satu akaun Shopee hanya boleh digunakan untuk satu no telefon sahaja, sekiranya anda ingin mendaftar banyak akaun, anda perlu ada banyak no telefon yang aktif

masukkan phone number

Anda masukkan no telefon yang belum pernah guna untuk daftar akaun Shopee. Selepas tu masukkan code dipaparkan untuk mengenalpasti anda bukan robot. Kemudian, tekan Send Verification Code. Anda akan menerima satu SMS khas daripada Shopee yang mengandungi code nombor. Anda salin code tu dan masukkan di ruangan tersebut. Tetapi sekiranya anda tidak menerima apa-apa SMS daripada Shopee dalam masa 30 saat, anda boleh tekan butang RESEND untuk shopee menghantar semula kod verifikasi. Selepas siap, anda tekan Sign Up.

Selepas itu, akan keluar popup untuk anda masukkan username Shopee anda.

Tips: Untuk menjual secara professional, jangan letak nama anda untuk username ini, letak nama kedai atau nama barang yang anda ingin jual sebab username tidak boleh ditukar jika dah tersalah buat.

masukkan username

Selepas selesai pilih nama untuk username, anda perlu masukkan password. Pastikan password yang anda ingin guna ada capital letter, nombor dan minimum password adalah 8 aksara. Tekan Sign Up jika semua ruangan telah diisi.

berjaya daftar shopee

Tahniah, anda telah berjaya mendaftar akaun shopee.

Anda akan nampak username yang anda buat tadi akan terpapar di sebelah atas kanan menunjukkan anda telah Login di akaun itu.

Itu sahaja step yang diperlukan untuk daftar akaun Shopee

admin

Ridhwan Musa

Related post