Mula Berniaga Di Shopee

 Mula Berniaga Di Shopee

Selepas anda dah login akaun Shopee anda, anda akan nampak tulisan Seller Centre di sebelah atas kiri.

tulisan seller centre

Anda tekan tulisan itu untuk pergi ke akaun menjual. Kemudian anda akan dapat tengok satu perjanjian yang perlu diterima sebelum dapat meneruskan menjual.

aggrement free shipping program shopee

Anda hanya perlu tick dan tekan Accept untuk menerima perjanjian ini. Sebenarnya perjanjian ini untuk mengesahkan semua peniaga Shopee menerima Free Shipping Program untuk J&T dan DHL secara automatic. Semasa permulaan Free Shopping Program dulu, semua peniaga perlu mengisi secara manual untuk memohon menyertai program ini sama ada Pos Laju, J&T atau DHL.

Untuk Pos Laju, anda masih perlu memohon secara manual di website: https://shopee.com.my/poslaju. Selepas anda masuk ke website itu, anda perlu mencari tulisan Sign Up Now dan tekan button tu.

sign up free shipping program shopee untuk pos laju

Kemudian isi maklumat yang diminta dan tekan button Submit. Anda akan dapat notification pada tarikh yang anda pilih untuk mengesahkan anda telah diterima untuk menyertai Free Shipping untuk Pos Laju.

isi maklumat untuk join free shipping prgram shopee

Ini merupakan muka baru Shopee.

Anda dapat terus lihat To Do List yang perlu dibuat hari ni iaitu pos barang dan Bussiness Insight iaitu data user yang masuk ke kedai anda.

Dan di bahagian tepi kiri merupakan setting yang perlu dikemaskini.

Untuk modul seterusnya akan ditunjukkan segala setting.

Okay itu sahaja untuk kali ini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post