[KEMASKINI SHOPEE] Fungsi Pesanan Terpisah (Split Order Feature)
- News
- Ridhwan Musa
- November 21, 2023
- 0
- 257
- 10 minutes read
Apakah Split Order Feature?
Ia merupakan ciri yang membolehkan penjual untuk memisahkan pesanan ke dalam beberapa pakej pada peringkat SKU di Seller Centre (Pusat Penjual) atau melalui API Terbuka (hanya untuk penjual terpilih sahaja). Setiap pakej akan mempunyai nombor pengesanan yang unik setelah diproses.
Pembeli akan dimaklumkan bahawa pesanan telah dipisahkan ke dalam beberapa pakej. Status pesanan dan status logistik penghantaran akan dikemaskini dan dimaklumkan secara berasingan berdasarkan peringkat pakej melalui pemberitahuan notifikasi.
Bagaimana fungsi ini akan membantu penjual-penjual?
Fungsi ini akan membantu penjual yang kini menghadapi cabaran dalam pemenuhan pesanan:
Seorang penjual yang mempunyai pelbagai gudang dan perlu memindahkan stok dari satu gudang ke gudang lain sebelum dapat memenuhi pesanan. Pakej yang besar atau berat kerana terdapat pelbagai SKU yang dibeli dalam satu pesanan.
Bagaimana penjual boleh dapatkan fungsi split order ini?
Untuk dapatkan fungsi ini, penjual perlu mengisi borang di link berikut:
https://seller.shopee.com.my/toolsets/survey?independent_id=b43bc2948761a5ae0838b37dad2b73e4
Bagaimana untuk memisahkan pesanan-pesanan saya?
Langkah 1: Pergi ke My Shipment > To Ship > Split Order
Langkah 2: Pilih SKU-SKU tertentu untuk dimasukkan dalam setiap pakej (maksimum 5 pakej).
- SKU yang terdapat dalam tawaran paket dan tawaran tambahan tidak boleh dibahagikan kepada pakej yang berbeza.
- Pesanan tidak boleh dibahagikan jika pembeli membeli beberapa item yang sama dalam variasi yang sama.
- Sebagai contoh, jika seorang pembeli membeli 3 unit pencetak (variasi yang sama) – ia tidak boleh dibahagikan.
- Pesanan tidak boleh dibahagikan jika dibuat oleh pembeli dari luar negara.
Penjual boleh mengenal pasti pembeli dari luar negara melalui nama pengguna pembeli, dan nama pembeli (contohnya, jika nama pengguna menunjukkan “scommercetrading”, atau nama pembeli menunjukkan “Shopee International Platform” – jika penjual mengambil bahagian dalam Shopee International Program (Program Antarabangsa Shopee)).
Bagaimana untuk menarik balik split orders?
Pergi ke My Shipment > Undo Split order
Pembatalan hanya boleh dilakukan jika tiada pakej yang telah diatur untuk penghantaran.
Proses pembatalan/pemisahan pesanan boleh dilakukan banyak kali tanpa had, sebelum pesanan diatur.
Bagaimana untuk proseskan split orders saya?
Prosesnya tetap sama seperti biasa.
- Akan ada tanda menunjukkan tahap pakej di bawah kedua-dua (1) single process dan (2) mass process.
- Penjual boleh mengemaskini alamat pickup yang berbeza untuk setiap pakej.
Soalan – Soalan Lazim Split Order Feature (Pesanan Terpisah)
1 – Bagaimana Shopee mengira yuran penghantaran bagi pesanan yang dipisahkan?
Yuran penghantaran bagi pesanan yang dipisahkan diira berdasarkan peringkat bungkusan (setiap nombor pengesanan). Yuran penghantaran yang timbul daripada bungkusan yang dipisahkan akan dikenakan dan sepenuhnya ditanggung oleh penjual.
Jadual di bawah menunjukkan bagaimana yuran penghantaran sebenar akan dikenakan:
Pengiraan yang ditunjukkan adalah contoh semata-mata.
⚠ Nota:
Pembeli hanya akan bayar yuran / caj penghantaran berdasarkan tahap pesanan sebagai pesanan terpisah selepas pembayaran dibuat.
2 – Bilakah penjual boleh menggunakan fungsi ini untuk memisahkan pesanan?
Penjual hanya boleh memisahkan bungkusan jika terdapat 2 produk yang berbeza dalam 1 pesanan.
Contohnya, pembeli membuat pesanan untuk produk A & produk B, penjual boleh memisahkan pesanan menjadi Pakej 1 & Pakej 2.
Jika SKU variasi sama, penjual tidak dapat memisahkan pesanan.
Contohnya, pembeli membuat pesanan untuk 2x produk A. Penjual tidak boleh memisahkan 2x produk A menjadi Pakej 1 & Pakej 2, juga tidak boleh memisahkan Bundle Deal & Add-On Deal.
Penjual tidak akan dapat memisahkan pesanan jika mana-mana pakej tidak mencapai berat minimum yang diperlukan oleh syarikat pembekal logistik. (jika ada)
Hanya pesanan yang dibuat oleh pembeli tempatan boleh dipisahkan. Jika pesanan datang dari pembeli luar negara, penjual tidak boleh memisahkan pesanan. Penjual boleh mengenal pasti pembeli luar negara melalui nama pengguna pembeli, dan nama pembeli (contohnya, nama pengguna menunjukkan “scommercetrading”, atau nama pembeli menunjukkan “Shopee International Platform” – jika penjual mengambil bahagian dalam Program Antarabangsa Shopee).
3 – Bolehkah penjual mengemaskini alamat pengambilan untuk setiap pakej?
Ya, penjual boleh mengemaskini alamat pengambilan untuk setiap pakej.
4 – Bolehkah penjual membatalkan pakej secara individu?
Tidak. Untuk pembatalan pesanan, penjual hanya dibenarkan membatalkan keseluruhan pesanan.
5 – Bilakah pembayaran akan dibebaskan kepada penjual?
Pembayaran hanya akan dibebaskan apabila seluruh pesanan mencapai keadaan akhirnya.
6 – Bagaimana proses pemulangan dan pembayaran balik berfungsi dalam pesanan yang dipisahkan?
Aliran pemulangan dan pembayaran balik untuk pesanan yang dipisahkan akan sama seperti pesanan biasa. Pembeli hanya boleh meminta Pemulangan/Pembayaran Balik sekali untuk setiap pesanan, walaupun pesanan dipisahkan menjadi beberapa pakej. Setelah sebarang Pemulangan/Pembayaran Balik selesai, pembeli tidak boleh lagi meminta Pemulangan/Pembayaran Balik.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh penjual:
1 — Pembeli tidak dapat meminta Pemulangan/Pembayaran Balik jika pesanan tidak mencapai Tarikh Penghantaran Anggaran, walaupun salah satu pakej telah dihantar.
2 — Sekiranya kedua-dua pakej sudah dihantar, pembeli boleh mohon Return/Refund walaupun sebelum Tarikh Anggaran Penghantaran.
7 – Bagaimana Kadar Penghantaran Lewat (KPL) dikira untuk pesanan yang dipisahkan?
Kadar penghantaran lewat dikira berdasarkan aras pesanan.
Contohnya, bungkusan 1 dihantar tepat pada masanya, bungkusan 2 dihantar lewat. – Pesanan ini akan dikira sebagai pesanan yang lewat.
8 – Bagaimana Non-Fulfillment Rate (NFR) dikira untuk pesanan yang dipisahkan?
Kadar tidak dipenuhi dikira berdasarkan aras pesanan.
Contohnya, bungkusan 1 dihantar, bungkusan 2 dikembalikan oleh pembeli. – Pesanan ini akan dikira sebagai pesanan yang tidak dipenuhi.
9 – Bagaimana Ship by date (SBD) dikira untuk pesanan yang dipisahkan?
Tarikh penghantaran dikira berdasarkan aras pesanan.
Skenario 1: Kedua-dua bungkusan bukan pre-order
Pesanan dibayar pada 5 April 2021. Kedua-dua bungkusan harus dihantar sebelum 7 April 2021 (Hari untuk Dihantar = 2 hari).
Skenario 2: Bungkusan 1 prapesan selama 7 hari, Bungkusan 2 bukan prapesan
Pesanan dibayar pada 5 April 2021. Kedua-dua bungkusan harus dihantar sebelum 14 April 2021 (Hari untuk Dihantar = 7 hari).
Jika pembeli memanjangkan tempoh Jaminan Shopee, ia juga akan pada aras pesanan.
10 – Bagaimana Average Prepareation Time (APT) dikira untuk pesanan yang dipisahkan?
Masa persediaan purata dikira pada aras bungkusan.
Contohnya, bungkusan 1 dibayar pada 5 April 2021, 12:00 pm, dihantar pada 6 April 2021, 12:00 pm (APT = 1 hari), bungkusan 2 dibayar pada 5 April 2021, 1:00 pm, dihantar pada 5 April 2021, 9:00 pm (APT = 0.33 hari).