[Kemaskini Shopee] Shopee Cashback Programme
- News
Ridhwan Musa
- November 12, 2023
- 0
- 345
- 13 minutes read
![[Kemaskini Shopee] Shopee Cashback Programme](https://www.cikgushopee.my/wp-content/uploads/2023/11/20231102-Update-ShopeeCashbackProgramme-850x560.png)
Berkuatkuasa pada 8 November 2023, Shopee akan gabungkan Coins Cashback Programme dengan 10% Rebate NOW Programme. Nikmati kelebihan kedua-dua program tersebut dengan hanya 3% untuk caj servis.
NOTA: Caj servis tertakluk pada 6% SST.
APAKAH PERUBAHANNYA?
Prorgram | Sebelum 8 November 2023 | 8 November 2023 dan seterusnya |
Penjual semasa yang sertai Coin Cashback | Baucar Coin Cashback sahaja | Coin Cashback + Baucar Instant Rebate |
Penjual semasa yang sertai 10% Rebate NOW | Baucar Instant Rebate sahaja | Coin Cashback + Baucar Instant Rebate |
4% Caj Servis | 3% Caj Servis |
FAEDAH-FAEDAH SHOPEE CASHBACK PROGRAMME
DAPAT LEBIH BANYAK JUALAN | Penjual yang menyertai Coin Cashback Programme dan 10% Rebate NOW Programme akan menerima kenaikan jualan sebanyak 119% berbanding penjual yang tidak sertai. |
JENIS BAUCAR EKSTRA | Pembeli kini boleh menikmati kedua-dua baucar Coin Cashback dan baucar Instant Rebate |
PERLUASAN BAUCAR | Lebih banyak baucar menarik dengan diskaun yang lebih tinggi sebanyak RM200 |
PENDEDAHAN PEMASARAN TAMBAHAN |
|
BAYARAN PERKHIDMATAN RATA | Penjual dapat nikmati faedah daripada Coin Cashback dan 10% Rebate NOW dengan caj servis sebanyak 3% |
Sertai lebih dari 1 juta penjual yang telah menjadi sebahagian dalam Coin Cashback Programme dan 10% Rebate NOW!
CAJ SERVIS PROGRAM
Sebelum 8 November 2023 | * November & seterusnya | ||
Program | Kadar Caj Servis | Program | Kadar Caj Servis |
Coin Cashback Programme sahaja | 3% | Cashback Programme sahaja | 3% |
10% Rebate NOW Programme sahaja | 4% | ||
Coin Cashback Programme + 10% Rebate NOW Programme | 4% | ||
Coin Cashback Programme + Free Shipping Programme | 7% | Cashback Programme + Free Shipping Programme | 7% |
10% Rebate NOW Programme sahaja + Free Shipping Programme | 9% | ||
Coin Cashback Programme + 10% Rebate NOW Programme + Free Shipping Programme | 8% |
Apa jadi pada penjual yang sedang sertai Coin Cashback Programme sekarang dan/atau 10% Rebate NOW Programme sekarang?
Penjual yang sedang dalam Coin Cashback Programme dan/atau 10% Rebate NOW programme sehingga 7 November 2023 tidak perlu untuk hantar sebarang borang penyertaan tambahan sebagaimana mereka akan dipindahkan ke Cashback Programme secara automatik bermula 8 November 2023
Mereka boleh pilih untuk keluar dari porgram tersebut dengan menghantar satu borang daftar keluar sebelum 7 November (10 pagi).
Nota:
- 10% Rebate NOW Programme Big Campaign Package akan dihentikan bermula 8 November 2023. Penjual yang masih dalam 10% Rebate NOW Programme Big Campaign tidak akan dimasukkan secara automatik ke dalam Cashback Programme tetapi mereka boleh menghantar borang pendaftaran untuk sertai Cashback Programme.
- Tiada perubahan kepada penjual semasa berkenaan Coins Cashback Programme dan pakej2 berkaitan, termasuk Standard Package, Big Campaign Package dan pakej promosi yang lain.
BAGAIMANA PENJUAL BARU INGIN SERTAI CASHBACK PROGRAMME?
Langkah 1:
Penjual perlu untuk lengkapkan keperluan berikut:
– Mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyenaraian produk yang aktif
– Penalty Tier kurang dari Tier 5
Langkah 2:
Isi borang penyertaan. Klik sini.
Langkah 3:
Cashback Programme akan diaktifkan pada Rabu, 12 tengah malam bagi penjual yang telah lengkapkan keperluan-keperluan yang diminta. Ketika pengaktifan, penjual dikehendaki untuk komited sekurang-kurangnya 28 hari sebelum mereka boleh daftar keluar program ini.
GARIS MASA PROSES CASHBACK PROGRAMME
UNTUK PENDFATARAN MASUK:
Penjual yang tidak sertai Coins Cashback Programme dan/atau 10% Rebate NOW Programme, dan berminat untuk sertai Cashback Programme perlu isi borang penyertaan. Permohonan penyertaan diproses pada setiap minggu, dengan masa yang diputuskan iaitu setiap Isnin, 5 Petang. Jika berjaya, program ini akan diaktifkan pada Rabu terdekat, 12 Tengah Malam. Sebarang permohonan selepas tarikh yang diputuskan akan diproses pada minggu berikutnya.
Nota:
- Penjual perlu sekurang-kurangnya ada 1 penyenaraian produk yang aktif dan Penalty Tier yang kurang dari Tier 5 untuk sertai program tersebut.
- Semasa pengaktifan, penjual diminta untuk komited sekurang-kurangnya 28 hari sebelum mereka boleh daftar keluar dari program tersebut.
UNTUK PENDFATARAN KELUAR:
Penjual yang nak daftar keluar Cashback Programme selepas 8 November 2023 perlu isi borang pendaftaran keluar. Permohonan daftar keluar diproses pada setiap minggu, dengan masa yang diputuskan iaitu setiap Selasa, jam 5 Petang. Jika berjaya, status daftar keluar akan berkuatkuasa pada hari seterusnya Rabu, jam 12 Tengah Malam. Sebarang permohonan selepas tarikh yang diputuskan akan diproses pada Rabu berikutnya.
Nota:
- Hanya permohonan keluar dari penjualyang dah penuhi tempoh komitmen yang dipersetujui sahaja yang akan diproses.
TERMA & SYARAT
- Hanya penjual yang layak sahaja yang boleh sertai Cashback Programme.
- Penjual perlu penuhi syarat-syarat berikut untuk layak menyertai Cashback Programme:
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 item penyenaraian produk yang aktif;dan mengekalkan Penalty Tier kurang dari Tier 5.
- Penjual yang tidak memenuhi syarat-syarat diatas pada setiap tarikh pemprosesan tidak layak untuk sertai Cashback Programme. Penjual sebegini sekiranya mereka masih dalam program tersebut akan segera dikeluarkan dan diproses semula pada tarikh pemprosesan seterusnya jika mereka memenuhi syarat-syarat tersebut semula.
- Maklumat yang dihantar dalam borang penyertaan mestilah sah dan tepat untuk pendaftaran yang berjaya. Penjual akan menerima notifikasi sekiranya permohonan tersebut berjaya.
- Penjual yang sertai akan dimasukkan ke dalam program setiap Rabu, jam 12 Tengah Malam. Sekasa pengaktifan, penjual perlu komited selama 28 hari sebelum mereka boleh daftar keluar dari program tersebut.
- Penjual yang sekarang ni dalam Coins Cashback Programme dan/atau 10% Rebate NOW Programme sebelum7 November 2023 akan dipindahkan secara automatik ke Cashback Programme bermula 8 November 2023. Penjual yang tidak mahu sertai Cashback Programme boleh hantarkan vorang daftar keluar sebelum 7 November 2023, jam 10 pagi.
- 10% Rebate NOW Programme Big Campaign Package akan dihentikan sepenuhnya bermula 8 November 2023 dan seterusnya. Penjual yang masih dalam 10% Rebate NOW Programme Big Campaign Package tidak akan didaftarkan secara automatik ke dalam Cashback Programme. Penjual sertai 10% Rebate NOW Big Campaign Package yang berminat untuk sertai Cashback Programme diminta untuk hantar borang pendaftaran masuk.
- Kadar caj servis untuk Cashback Programme akan berkuatkuasa pada 8 November 2023 dan selanjutnya. Mohon rujuk bahagian ‘Programme Services Fees’ untuk maklumat lanjut.
- Caj servis tertakluk kepada 6% SST. Penjual yang sertai akan dicaj dengan caj servis untuk semua pesanan lengkap, tidak kira sama ada Coins Cashback atau baucar Instant Rebate digunakan dalam pesanan.
- Caj servis program ini akan dikenakan berdasarkan yuran transaksi, perkhidmatan, dan komisen semasa.
- Baucar Coins Cashback dan Baucar Rebate NOW tidak boleh digunakan untuk Tiket & Baucer, Isian Semula Mudah Alih & Kad SIM, Top-up, Produk S-Mart Milo, satu atau bukan produk Kedai Shopee, Produk Kedai MMA Foundation, dan Kad Bahan Bakar PETRONAS & Setel, Kad Hadiah, & e-Baucar. Oleh itu, pembeli tidak akan dapat menikmati cashback untuk barang-barang ini, walaupun penjual telah mendaftar dalam Program Cashback.
- Pembeli tidak boleh menggunakan baucar Coins Cashback atau baucar Instant Rebate dengan baucar platform lain seperti baucar Free Shipping. Walau bagaimanapun, pembeli boleh menggunakan sekurang-kurangnya 1 baucar kedai dan 1 baucar platform setiap kali membuat pembelian.
- Pembeli hanya boleh menikmati Coins Cashback atau Instant Rebate jika pesanan dibuat dengan menggunakan baucar Coins Cashback atau baucar Instant Rebate. Untuk pesanan yang menggunakan baucar Instant Rebate, pembeli boleh menikmati potongan harga segera dari jumlah pesanan mereka. Bagi pesanan yang menggunakan baucer Coins Cashback, Coins akan dikreditkan kepada pembeli selepas pesanan selesai.
- Coins yang diperolehi daripada Cashback Programme akan dianggap seperti Shopee Coins biasa dan tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
- Shopee berhak untuk membataskan penjual mana-mana dari penyertaan dalam program jika sebarang aktiviti penipuan dikesan. Penjual tersebut mungkin berisiko dikecualikan dari semua aktiviti Shopee, atas budi bicara Shopee. Shopee berhak untuk, pada bila-bila masa, menghentikan, mengubah, mengemaskini, memadam atau menambah kepada Terma dan Syarat ini dan peraturan lain serta mekanisme Program ini atas budi bicara Shopee tanpa notis terlebih dahulu.
Artikel asal: https://shopee.com.my/m/New-Cashback-Programme-Announcement?utm_medium=notification&utm_source=webar