My Finance Shopee

 My Finance Shopee

Dalam tetapan Finance, ada 2 perkara yang perlu dilihat iaitu My Income dan My Balance.

finance shopee

Untuk melihat sale jualan yang telah anda lakukan, anda boleh tekan My Balance.

Selepas itu, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah

Anda perlu membuat Wallet Pin anda dulu. Wallet Pin lebih kurang macam nombor ATM anda. Nanti apabila anda ingin withdraw duit anda dari Shopee, anda akan perlukan Wallet Pin ini. Anda tekan Create Wallet Pin. Selepas itu, anda akan dapat verification code di SMS anda

Selepas anda dah masukkan verification code, anda masukkan Wallet Pin yang anda mahukan

Selepas dah selesaikan masukkan 6 digit passcode ini, akan keluar popup memberitahu anda telah berjaya membuat Wallet Pin anda

Selepas selesai, anda akan dapat tengok paparan seperti di bawah dalam My Balance.

Untuk permulaan, duit yang ada dalam shopee wallet anda mestilah kosong. Perkara pertama anda perlu buat dalam ni adalah Add Bank Account di bahagian atas kanan itu

Anda klik symbol + itu. Kemudian akan keluar seperti ini. Anda masukkan nama account anda, no account dan nama bank yang digunakan. Selepas itu, anda tekan save, Shopee akan membuat semakan untuk no account anda ini.

Selepas selesai, anda akan nampak paparan seperti di bawah

Jika anda ingin withdraw duit anda dari Shopee, anda hanya perlu tekan button Withdraw di kanan sebelah kiri. Selepas itu perlu isikan berapa jumlah yang diingin dikeluarkan. Kemudian, tekan button Confirm. Transaksi ini mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk duit masuk dalam akaun bank anda.

Peringatan: Anda hanya boleh withdraw sekali sehari dan secara percuma 3 kali seminggu sahaja

Selesai untuk My Balance. Seterusnya kita lihat My Income

Firstly, anda klik My Income

Selepas itu akan keluar paparan seperti ini. Tapi untuk anda yang baru nak bermula, mesti la nombor yang ditunjuk adalah kosong. To Release adalah income yang akan diterima setelah customer menekan Order Received. Manakala Released adalah income yang telah masuk dalam Shopee Wallet anda. Di sini, anda boleh tengok income anda secara mingguan, bulanan dan total income.

Dalam sini sini juga anda boleh dapat Income Statement dan My Tax Invoices dalam file pdf.

Sekian untuk My Income.

Jumpa untuk modul seterusnya!!!

admin

Ridhwan Musa

Related post