Shopee Paid Ads (Pt3)

 Shopee Paid Ads (Pt3)

How I Did It? Pt3 – Shopee Paid Ads

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.

Macam mana sales Mac? Harap berlaku peningkatan sales. Frankly speaking, sales saya ada penurunan 5%. Kali ni saya nak share macam mana saya buat (setting) Shopee Paid Ads supaya kita semua boleh push sales kita untuk April sempena Ramadhan ni.

Shopee Paid Ads ada 3:

  1. Keyword Ads – Yang ni sangat berguna untuk exposure
  2. Discovery Ads – Yang ni berguna untuk pikat buyers yang sedang riki item di listing seller lain
  3. Shop Ads – Yang ni saya tak guna dah sebab kecewa

How I Did It?

A. Keyword Ads

  1. Pick a product

a. Saya pilih 5 listing (produk) champion saya yang saya yakin memang akan ada demand dan margin lebar.

b. Saya buat macam tu supaya saya tak patah semangat tengah jalan bila duit ads habis tapi sales takde. Kiranya 5 produk awal ni jadi motivasi untuk saya nak buat ads untuk listing yang selebihnya.

c. Saya suka fokus dan optimization.

  1. Sketching keyword

a. Saya start tulis 20 single keywords yang relevan dengan listing.

b. Untuk tujuan ni saya masukkan apa2 keywords yang represent descriptions, buyer personas, features, solutions, benefits, awesomeness & brand.

  1. Start create ads – saya start create ads pakai setting ni:

a. Set budget – Total budget RM20

b. No time limit

c. Auto selected OFF (jangan sesekali ON, naya)

d. Add 20 keyword – set Broad Match RM0.07

  1. Add more keywords

a. esoknya, saya akan tambah lagi 30 single or double keywords dan set Broad Match RM0.07 sama macam di atas.

b. Semua keywords ni saya dapat dengan cara search di Shopee gak. Sekarang ni lagi mudah sebab ada Selling Coach.

  1. Start LTK

a. dah siap 50 single keywords, saya mula buat long tail keywords (LTK) pulak.

b. LTK ni saya buat 3 atau 4 perkataan jer contoh ‘Mainan budak perempuan’ (3 perkataan).

c. LTK ni saya buat hasil gabungan single keywords tadi.

d. Saya cuma pilih LTK yang berkualiti jer maknanya hasil search tinggi.

e. Saya buat sampai dapat 50 LTK (makan masa berhari2 gak nak setel ni).

f. LTK ni saya set Exact Match RM0.06.

  1. Increase bid

a. Lepas 2 minggu, saya akan check average ranking tiap keywords. Yang ranking 1 – 9, saya biarkan.

b. Yang ranking atas start 10 – 19, saya akan increase1 hingga 3 sen tengok pada kedudukan dia.

c. Yang ranking lebih 20, saya akan ignore sebab kalau nak kena tambah, takut nanti makan modal balik.

d. Maksimum bid saya RM0.10 CPC. Saya biarkan 2 minggu sambil tengok prestasi.

  1. Get more specific

a. Lepas 2 minggu, saya akan Export Data listing dan open with Excel.

b. Dalam data tu, saya sort amik Impression yang paling tinggi dan tengok bahagian Search Query.

c. Search Query ini adalah apa yang ditaip oleh users di search box, yang menyebabkan listing saya terpapar masa user tu search & scroll.

d. So, mana2 perkataan yang impressionnya tinggi, saya jadikan keyword dan set Broad atau Exact bergantung kepada single word atau LTK.

e. Saya continue semua ni sampai keywords saya jadi 150 keywords.

f. Saya spare space untuk 50 keywords untuk kegunaan hari tua

  1. Chase ranking

a. Lepas 2 minggu, saya start kejar ranking. Ranking ni supaya exposure (impression) listing tu bertambah.

b. Sama macam sebelumnya, saya akan start increase CPC.

c. CPC paling mahal saya Exact RM0.10

  1. Monitor

a. From time to time, saya akan monitor prestasi ads.

b. Saya target CIR bawah 2.5%

B. Nota Penting :

  1. Ini cara saya set ads saya masa mula2 berkecimpung dulu. Cara saya mungkin berbeza dengan cara seller lain.
  2. Sebelum nak buat ads, pastikan anda dah berpuas hati ngan listing anda. Buatkan listing anda sampai tahap anda sendiri rasa nak beli bila tengok listing tu.
  3. Ads ni untuk exposure, bukan sales. Tapi GMV tu penting untuk tengok adakah listing dan keywords anda efisien. Kalau tak efisien, optimize it.
  4. Tanpa ads juga boleh dapat sales secara organik cumanya why not do both? And do it right supaya tak luntur semangat dan tak rugi duit.
  5. Ada banyak tips & trick to optimize your ads. Teruskan belajar dan mengkaji kerana tak semua benda boleh didedahkan secara awam.
  6. Jangan gopoh sebab from time to time, users dalam Shopee akan makin bertambah, maka peluang anda untuk dapatkan sales masih cerah.
  7. Jangan fight dengan seller lain. Place the buyer, not the competition at the centre of your strategic thinking.
  8. Berapa pun CPC yang anda letak, anda yang tetapkan. Kalau jual produk yang banyak saingan, maka CPC pon kena up lebih sikit.
  9. Selain increase bid CPC, increased Click pon boleh naikkan ranking ads tu. So, buatkan poster listing anda tu supaya users nak click.
  10. From time to time, improve your ads budget. Ye la, sampai bila nak pakai setting Total Budget jer?
  11. Dalam ads ni, tak ada yang betul atau salah secara total. Yang ada cuma efisien atau kurang efisien.

Setakat ni dulu. Saya harap post ni dapat membantu seller2 lain. Part Discovery Ads nanti2 la saya tulis.

Knowledge Is Not The Privilege Of Some Few But The Right Of Everyone.

Kat bawah ni ads statistic member saya.

HowIDidIt

MATA

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
MATA

MATA

Related post