Standard Services Types
Standard Services Types
Anda dah tau ke berkenaan sistem delivery terbaru dari Shopee?
Sistem ini telah lama digunakan jika perasan bila kita beli barang dari Mainland China. Bermula 17 Jun 2021, sistem ini akan terpakai kepada semua seller.
Apa kebaikkan dan keburukan sistem ini kepada seller dan buyer?
Jom baca di bawah:
Shipping Channel
Shopee membuat sistem terbaru ini untuk meningkat keberkesanan dan meningkatkan pengurusan penghantaran. Shopee akan assign setiap order yang dapat mengikut kurier yang telah anda daftarkan untuk kedai anda. Boleh kata Shopee tak nak satu-satu kurier mendapat timbunan parcel yang memungkinkan kelambatan penghantaran.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan JnT dan Pos Laju sebelum ini, setiap order yang masuk, Shopee akan assign kepada 2 kurier ini sahaja.
Faedah Standard Service Type
- Pembahagian order akan diperkemaskan supaya buyer akan dapat parcel dengan cepat
- Mengurangkan kelambatan penghantaran
- Rate shipping yang lagi berpatutan
Apa kesan kepada buyer bila laksana sistem ini?
Jika sebelum ni, buyer dapat memilih kurier apa yang nak digunakan seperti contoh jika ada JnT dan Pos Laju, buyer boleh pilih antara dua ini.
Tapi selepas laksanakan sistem ini, buyer tak dapat memilih dah kurier yang berada di bawah Shopee Supported Logistic. Buyer hanya dapat tengok tulis Standard Delivery. Shopee yang akan assign kurier apa yang akan digunakan untuk order buyer tersebut.
Jika anda menjual barangan yang berada di bawah kategori Dangerous Goods seperti liquid, bateri, barang mudah terbakar, pastikan anda tick Dangerous Goods semasa masukkan produk sebab Shopee akan assign dangerous good ni mengikut kurier yang sesuai.
Untuk lebih detail, anda boleh baca di sini: