Add-On Deal

 Add-On Deal

Add-On Deal merupakan antara fungsi terbaru yang Shopee masukkan. Untuk kita lebih faham Add-on deal ni, kita tengok KFC sebagai contoh. Mula-mula, kita hanya ingin beli ayam 2 ketul, tapi apabila tiba di kaunter, cashier akan bertanya, “ingin tambah fries dan mashpotato?dapat diskaun sikit”

Haaa ini la add-on deal, tambahan produk sampingan yang dipakejkan dengan produk utama dan memberi sedikit diskaun jika beli produk tambahan itu supaya buyer akan beli lebih lagi dari yang sepatutnya.

Untuk membuat Add-On Deal ni, klik Add-On Deal

Selepas itu akan keluar interface seperti di bawah:

Tab Ongoing untuk deal yang tengah berlangsung, Upcoming untuk deal yang akan berlangsung dan expired untuk deal yang telah habis tempoh.

Untuk membuat deal yang baru, tekan Create.

Kat sini ada pilihan Add-on Deal yang boleh buat iaitu Add-on Discount atau Gift with Min Spend.

Untuk mula-mula ni, cikgu akan tunjuk untuk Add-on Discount dulu.

Seperti biasa, masukkan Add-on Discount Name. Contoh yang cikgu beri adalah Hari Raya.

Kemudian pilih tempoh untuk membuat deal ini.

Selepas itu, masukkan berapa jumlah produk sampingan yang boleh dibeli oleh buyer untuk satu-satu order, macam contoh atas, 2,  bermakna buyer hanya boleh beli 2 produk sampingan sahaja untuk satu order.

Kemudian tekan Save.

Seterusnya, pilih Main Products. Tekan + Add Main Products

Pilih produk yang ingin dijadikan produk utama dalam deal ini. Boleh pilih lebih dari satu. Seterusnya tekan Confirm.

Produk yang dipilih akan kelihatan seperti di bawah. Di sini boleh fikir nak Enable atau Disable semula produk yang telah dipilih. Jika tiada masalah, tekan Save.

Seterusnya pilih Add-on Products. Klik + Add Add-on Products.

Pilih produk apa yang ingin dijadikan produk tambahan untuk buyer beli. Boleh pilih banyak produk. Tekan Confirm selepas selesai.

Selepas itu, masukkan diskaun yang ingin dibuat untuk setiap produk tambahan ini. Dan di sini boleh Enable atau Disable variasi produk yang ada.

Kemudian boleh tengok Add-on Products Display Setting iaitu kita boleh pilih 2 produk yang akan di tunjuk kepada buyer seperti dalam gambar di bawah. Walapun kita ada 5 produk tambahan, tapi hanya 2 produk yang akan ditunjuk secara langsung kepada buyer. Buyer boleh tekan See More untuk tengok 3 lagi produk itu.

Selepas itu, tekan Confirm dan siap buat Add-on Discounts.

Seterusnya kita tengok Gift with Min Spend. Seperti biasa, masukkan nama promosi ini dan masukkan tempoh masa promosi ini. Seterusnya kita masukkan berapa jumlah yang perlu dibelanja oleh buyer untuk mendapatkan Gift ini. Sebagai contoh yang cikgu buat ini, cikgu masukkan RM100 perlu dibelanja oleh buyer untuk mendapat 3 Gifts. Seterusnya tekan Save.

Seperti sebelum ini, masukkan Main Products seterusnya tekan Save.

Seterusnya, tekan +Add Gift Products dan pilih produk yang ingin diberi sebagai Gifts.

Kita dapat lihat di bawah beza antara Add-on Discount dan Gifts. Untuk Add-on Discount, kita hanya beri diskaun untuk produk tambahan manakala untuk Gift, produk tambahan itu buyer akan dapat secara percuma.

Selepas dah siap pilih produk tambahan, tekan Save dan Confirm. 

Selesai buat Add-on Deal!!!!

admin

Ridhwan Musa

Related post