Bundle Deal

 Bundle Deal

Bundle deal merupakan promosi yang diberi jika customer membeli lebih dari 1 barang atau campur barang yang telah ditetapkan dalam bundle deal. Bundle Deal akan menggalakkan customer untuk membeli lebih dari 1 unit.

Cara untuk membuat bundle deal adalah dengan klik fungsi Bundle Deal

Anda akan nampak 3 tab iaitu Ongoing, upcoming dan Expired

Untuk membuat deal yang baru, klik + Create Bundle Deal

Isi nama promosi dan tempoh masa untuk buat deal ini.

Bundle ada tiga jenis deal yang boleh dibuat.

Pertama adalah Percentage Discount iaitu jika customer beli bilangan item yang anda telah tetapkan, customer akan dapat discount dalam bentuk percent.

Kedua adalah Amount Discount. Customer akan dapat diskaun dalam jumlah duit yang telah anda tetapkan.

Ketiga adalah Special Bundle Price. Apabila customer membeli mengikut bilangan yang anda tetapkan, customer akan dapat harga istimewa (semestinya harga lebih rendah dari yang asal).

Anda boleh pilih yang mana sesuai untuk produk anda.

Selepas tu, anda boleh limit berapa kali customer yang sama boleh guna bundle deal itu.

Dah siap, boleh tekan Save & Select Products

Anda boleh Add Product apa yang ingin dibuat bundle deal ini

Tick produk yang ingin dipilih dan tekan Confirm

Selepas tu, anda kena on kan produk yang telah dipilih itu.  Yang telah on akan jadi warna hijau. Setelah siap enable, tekan complete.

Ini contoh bundle deal yang tengah berlangsung. Customer akan nampak dengan jelas promosi ini.

Untuk bundle deal, Shopee juga menyediakan dashboard untuk anda menganalisis data

Siap untuk bundle deal!!

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post