Vouchers
Voucher merupakan suatu hadiah anda kepada customer jika customer membuat pembelian di kedai Shopee anda melebihi daripada jumlah minimum pembelian yang anda letak.
Untuk anda membuat voucher ini, anda klik Vouchers
Anda akan lihat paparan seperti di bawah. Jika anda telah membuat voucher sebelum ini, anda akan dapat lihat senarai voucher yang tengah berlangsung dan yang telah expired.
Untuk membuat voucher baru, anda tekan + Create New Voucher
Then, anda kena memilih sama ada nak buat voucher ini untuk satu kedai atau produk tertentu sahaja. Untuk ajar ni, cikgu akan pilih Shop Voucher
Kemudian, anda perlu masukkan nama voucher yang ingin dibuat. Ini pun sama macam diskaun, hanya anda yang boleh tengok nama voucher ini. Anda perlu isi Voucher Code yang ingin dibuat. 4 huruf pertama code ini diambil dari username Shopee anda. Anda boleh tambah 5 character lagi untuk code ini. Then, anda pilih sama ada nak beri reward kepada customer dalam bentuk Discount atau Coins Cashback.
Jika pilih Discount, customer akan terus dapat guna reward ini semasa membuat pembayaran, jika pilih Coin Cashback, customer akan dapat reward ini selepas membuat pembayaran
Notes: Rm1.00 = 100 Shopee Coins
Untuk Discount Reward, anda boleh pilih nak guna Fix Amount atau Percentage. Untuk Percentage, anda boleh limit berapa maximum discount yang ingin diberi.
Kemudian, isi berapa minimum pembelian yang customer perlu beli di kedai anda untuk mendapat reward ini.
Letak tempoh masa promosi ini untuk berlangsung. Maximum tempoh masa adalah 3 bulan sahaja.
Then letak berapa voucher Quantity yang diperuntukkan untuk promosi ini
Beza antara Shop Voucher dan Product Voucher adalah Voucher Display Page.
Untuk Shop Voucher, anda boleh pilih sama ada nak Display on Basic Page atau Do Not Display voucher yang dibuat.
Untuk Product Voucher, anda hanya boleh buat Do Not Display voucher yang dibuat.
Kemudian, anda boleh Select Product yang ingin diberi voucher dan tekan Confirm. Jadi customer hanya boleh beli produk yang dipilih ini sahaja untuk dapat reward ini.
Di bawah merupakan contoh Shop Voucher yang dibuat
Dan peringatan, seorang customer hanya boleh guna sekali sahaja voucher yang dibuat
Untuk Voucher, Shopee juga menyediakan Voucher Dashboard untuk anda menganalisis data voucher yang telah diberi sama ada berbaloi ataupun tak
Itu sahaja untuk Voucher.