Discount Promotions
Dalam Marketing Centre, Shopee telah menyediakan satu fungsi yang membolehkan anda memberi potongan harga untuk tempoh masa tertentu kepada pelanggan anda. Cara ini mungkin akan dapat menarik lebih ramai customer untuk membeli produk anda.
Untuk membuat diskaun ini, mula-mula anda hanya perlu tekan Discount Promotions
Selepas itu, anda akan melihat paparan seperti di bawah. Kat sini akan ada 3 tab iaitu Upcoming, Ongoing dan Expired. Untuk membuat promosi ini, anda hanya perlu tekan + New Discount Promotion
Kemudian, anda perlu isi nama promosi dan tempoh masa untuk membuat promosi ini. Untuk bahagian nama itu, anda boleh letak apa-apa nama kerana hanya anda yang tau berkenaan nama promosi itu. Selepas selesai, tekan Save & Continue.
Then, anda perlu pilih produk yang mana untuk memberi diskaun itu. Tekan + Add Products.
Tick produk yang ingin dipilih itu. Selepas itu, tekan Confirm.
Anda perlu masukkan berapa percent diskaun yang ingin diberi bergantung kepada produk ataupun anda boleh buat semua produk adalah sama percent diskaun.
Tips: anda juga boleh hadkan pembelian untuk promosi ini dengan mengisi bahagian Purchase Limit. Jadi dengan ini, anda boleh kurangkan risiko rugi jika customer membeli terlampau banyak dengan harga promosi.
Setelah selesai, tekan button Done.
Okay, settle diskaun yang ingin dibuat. Dan anda boleh edit semula diskaun jika ada yang tersalah buat dengan tekan button Edit Product.
Anda boleh tengok promosi diskaun yang anda buat akan berada di tab Upcoming. Nanti apabila dah sampai tempoh masa diskaun itu, detail akan berada di tab Ongoing. Dan jika dah habis tempoh masa, detail diskaun akan berada di tab Expired.
Di bawah ni adalah contoh diskaun yang tengah berlangsung. Anda akan dapat tengok label berwarna kuning yang tertulis percent diskaun yang diberi.
Sebelum cikgu terlupa, Shopee telah menambah satu feature dalam Discount Promotion iaitu Discount Dashboard. Anda boleh menganalisis data diskaun yang diberi sama ada menarik minat customer untuk membeli ataupun tidak.
Sekian, itu sahaja untuk Discount Promotions.