Shopee Event

 Shopee Event

Shopee Event terdiri daripada 2 item iaitu Campaign dan Shopee Shocking Sale.

1) Campaign

Campaign merupakan acara yang dijalankan Shopee lebih daripada sehari. Seller yang menyertai campaign akan menjalankan promosi untuk produk yang dipilih mengikut tempoh masa yang Shopee tetapkan. Kebiasaannya campaign dijalankan selama seminggu.

Untuk anda menyertai campaign, anda hanya perlu tekan Campaign.

Kemudian anda akan nampak 3 tab yang disediakan iaitu Upcoming, Ongoing dan Expired.

Untuk tengok event yang dijemput Shopee, anda boleh pergi ke tab Upcoming. Di sini, jika anda terpilih untuk menyertai, anda akan nampak detail event seperti gambar di bawah. Anda tekan Nominate Now jika ingin menyertainya

Selepas itu, anda boleh baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh Shopee untuk menyertai event ini. Kebiasaanya, syarat utama adalah anda perlu memberi diskaun 10% untuk produk yang akan di dominate untuk join event ini.

Jika anda setuju dengan syarat yang diberi, anda boleh tekan + Add Product. Anda pilih beberapa produk yang ingin diletak bawah event ini berdasarkan berapa slot yang diberi. Tekan confirm jika sudah siap memilih.

Kemudian, edit produk seperti di bawah mengikut syarat yang ditetapkan. Setelah selesai, tekan save unutk menyimpan.

Anda akan nampak produk yang dipilih akan berada Under Review. Semua produk yang di dominate akan dicek dulu oleh Shopee untuk melihat sama ada layak ataupun tidak.

Jika produk anda berjaya lulus, anda akan dapat tengok produk anda akan berada di tab Ongoing.

Jika masa campaign dah habis, anda boleh tengok campaign yang telah anda join di tab Expired

Kat bawah ni merupakan contoh jika produk anda berjaya menyertai campaign. Anda akan dapat lihat Shopee akan meletak label campaign yang tengah berlangsung

2) Shopee Shocking Sale

Shopee Shocking Sale adalah acara yang dibuat oleh Shopee untuk tempoh masa yang sekejap iaitu 3 jam sahaja.

Tetapi, seller yang terpilih join akan mendapat perhatian customer kerana customer sangat suka pergi ke bahagian Shocking Sale.

Sangat susah untuk terpilih menyertai Shocking Sale kerana cikgu sendiri pun baru 2 kali mendapat jemputan tetapi masih tidak layak apabila di review oleh Shopee.

Untuk anda mengetahui anda terpilih ataupun tidak, anda klik Shopee Shocking Sale. Kemudian anda akan nampak sama muka yang dipaparkan seperti campaign. Anda pergi ke tab Upcoming untuk tengok ada invitation ke tak.

Ini contoh paparan jika produk anda lulus menyertai Shocking Sale

Itu sahaja untuk kali ini

admin

Ridhwan Musa

Related post