Marketing Centre Shopee
Marketing Centre merupakan fungsi yang disediakan oleh Shopee untuk para peniaga memasarkan dan membuat promosi produk masing-masing.
Terdapat banyak tool yang diberi untuk digunapakai berdasarkan kreativiti peniaga masing-masing supaya produk yang dijual dapat dilihat oleh pembeli.
Untuk anda pergi ke Marketing Centre, anda hanya perlu klik button Marketing Centre
Selepas itu, anda akan dapat lihat, Shopee memecahkan Marketing Centre kepada 2 kategori iaitu Shopee Event dan Marketing Tools.
Shopee Event merupakan acara yang dianjurkan oleh Shopee sendiri dan Shopee akan invite Selected Seller dengan memberi beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk join acara tersebut. Contoh acara adalah Sale 11.11, Men’s Sale dan Electronic’s Sale.
Untuk Marketing Tools, ini tool yang diberi oleh Shopee kepada seller yang mana seller boleh guna sesuka hati berdasarkan apa objektif yang ingin dicapai. Seller boleh customize mengikut produk masing-masing yang sesuai dengan kehendak customer.
Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh tengok Modul yang seterusnya.