Chat Assistant Shopee

 Chat Assistant Shopee

Chat Assistant disediakan oleh Shopee untuk kita dapat menjawab soalan buyer dengan cepat. dan tambah baik berkenaan Customer Service. 

Kita tekan dulu Chat Assistant ni untuk tengok apa tetapan yang boleh dibuat.

Pertama, kita akan nampak berkenaan Auto-Reply

Default Auto-Reply ni mesej pertama yang akan diterima oleh buyer selepas dia memulakan perbualan dengan seller di dalam waktu bekerja seller.

Seller perlu On kan tetapan ini dan edit mesej yang hendak dihantar kepada buyer. 

Contoh mesej boleh dilihat di dalam gambar.

Seterusnya anda akan nampak Off-Work Auto-Reply yang bermaksud mesej yang akan diterima oleh buyer selepas habis waktu bekerja seller.

Seterusnya, tetapan yang kedua adalah FAQ Assistant.

FAQ Assistant ni adalah tetapan yang boleh kita buat untuk menjawab soalan yang kerap kali ditanya oleh buyer. Dalam erti kata lain, kita telah menyediakan jawapan siap-siap sebelum buyer itu bertanya dan buyer tu hanya perlu tekan button untuk nak tau jawapan yang mana.

Cikgu tidak guna tetapan ini kerana merasa agak leceh dan tiada human touch.

Dan yang terakhir adalah Message Shortcuts

Message Shortcut ni sangat bagus untuk digunakan. Ia sama seperti FAQ Assistant melainkan buyer perlu tekan untuk beri jawapan kepada buyer.

Anda boleh siapkan skrip jawapan untuk soalan yang biasa ditanya oleh buyer sebanyak 8 skrip.

Okay, itu sahaja untuk modul ini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post