Cara Pembayaran Dalam Shopee
Shopee mempunyai 8 cara pembayaran yang boleh dibuat:\
1. Bayar Tunai di Kedai Runcit
Pembeli boleh membuat pembayaran di 7-Eleven dan KK Mart yang terdekat dengan pembeli. Pembayaran boleh dibuat untuk barangan berharga RM1.10 sehingga RM1500. Jadi pembeli tidak perlu pergi ke bank untuk membuat deposit jika tidak mempunyai pembayaran dalam talian.
2. Cash on Delivery (COD)
Ini cara pembayaran terbaru yang Shopee sediakan untuk memudahkan pembeli membuat pembayaran. Pembeli boleh membayar secara tunai semasa menerima barang yang dibeli. Tapi pembayaran ini terhad kepada beberapa kurier sahaja. Bukan semua kedai di Shopee menyediakan pembayaran ini
3. Kad Kredit/Debit
Shopee hanya boleh menerima Visa/Mastercard keluaran tempatan sahaja.
4. Maybank2u
Pembeli boleh membuat pembayaran menggunakan Maybank2u tanpa perlu log masuk berulang kali
5. Pembayaran Dalam Talian
Pembayaran boleh dibuat menggunakan mana-mana perbankan dalam talian seperti Maybank2u dan CIMB Click.
6. ShopeePay
ShopeePay merupakan digital wallet yang Shopee sediakan. Pembeli boleh membuat pembayaran dalam talian dan luar talian(kedai yang menerima pembayaran digital) apabila selesai sedia akaun ShopeePay dan tambah nilai baki dalam akaun
7. Pelan Ansuran
Kaedah pembayaran pelan ansuran hanya boleh dibuat dengan kad kredit Maybank / Public Bank dengan pembayaran gabungan melebihi RM500 dengan penjual yang layak.
8. SpayLater
Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan anda menyatukan pembelian anda di Shopee setiap bulan. Pilihan untuk membuat pembayaran balik kepada 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan (pengguna terpilih) dengan bayaran pemprosesan kecil sebanyak 1.25% daripada jumlah pesanan. Pembayaran ini terkait dengan riba. Tanya pihak berautoriti sebelum membuat pembayaran dengan kaedah ini.