4 Strategi Pemasaran Semasa Event Shopee 12.12
- Advance
- Ridhwan Musa
- December 9, 2021
- 0
- 448
- 9 minutes read
4 strategi pemasaran yang boleh kita gunakan semasa event Shopee 12.12 Birthday Sale 2021.
Tujuan kaji selidik ini adalah untuk bantu seller semua, terutamanya yang masih keliru tentang strategi pemasaran yang ingin digunakan untuk tingkatkan sale kedai anda pada 12.12 ini.
Sekarang jom kita tengok satu per satu 4 Strategi Pemasaran Terbaik pilihan ShopeeXperts.
1) Baucar potongan istimewa / Cashback untuk 12.12
Anda boleh membuat baucar khas yang boleh ditebus semasa event 12.12 nanti. Sebagai contoh:
Potongan RM12
Potongan RM1.20
Potongan 12%
12% Cashback
1.2% Cashback
Ini menjadi tarikan kepada pembeli untuk menebus baucar tersebut semasa event, seterusnya membuat pembelian di kedai anda.
Tips tambahan : Anda boleh membuat baucar khas yang dikongsi melalui kod di dekorasi halaman utama kedai anda untuk produk tertentu. Ia bertujuan supaya pembeli lebih teruja untuk menggunakannya.
Selain itu, baucar ini juga boleh digunakan di:
-Live Streaming
-Shopee Feed
-Landing Page
-Chat Broadcast
-Web Chat (boleh dikongsi di chat)
Anda boleh promote baucar di media sosial anda, seperti di Facebook/Instagram
2) Chat Broadcast
Feature chat broadcast sangat membantu untuk follow up customer anda.
Anda boleh menyebarluaskan mesej promosi event 12.12 kepada follower kedai anda supaya mereka tahu anda ada membuat promosi semasa event tersebut.
Melalui Chat Broadcast, anda boleh mempromosikan produk jualan anda kepada followers dan pembeli. Anda boleh menetapkan kumpulan sasaran yang lebih spesifik seperti jantina, umur, tingkah laku pembeli, kualiti pembeli dan lain-lain.
Selain itu, di ruangan Abandoned Cart Shoppers, anda dapat kenalpasti pembeli yang telah meletakkan barang dalam troli (add to cart), tetapi masih belum membuat pembelian lagi. Ini berkemungkinan mereka menunggu hari event seperti 12.12 nanti.
Di sini fungsi Chat Broadcast memainkan peranan penting bagi membantu anda follow up pembeli berpotensi untuk checkout barang tersebut semasa event 12.12 nanti.
Tips : Anda boleh membantu pembeli mendapat harga yang lebih murah dengan mengingatkan mereka untuk menggunakan baucar khas 12.12 semasa mereka ingin membuat pembayaran (checkout).
Ini adalah contoh ayat yang boleh digunakan untuk follow up pembeli menggunakan teknik Chat Broadcast (Boleh tukar mengikut kreativiti anda).
.
“Hi! Ini berita gembira untuk anda. Esok merupakan Shopee 12.12 Birthday Sale. Anda adalah pelanggan kami yang sangat bertuah. Kami di <Nama kedai anda> menawarkan baucar khas diskaun sebanyak 12% sempena Shopee 12.12 Birthday Sale. Hanya 120 Voucher sahaja untuk anda semua tebus dan gunakan. Cepat tebus sekarang dan gunakan pada 12.12.2021. Siapa cepat dia dapat ya!”
Biasanya pembeli yang di follow up dengan cara ini berkemungkinan besar akan repeat order di kedai anda pada masa akan datang kerana mereka berasa selesa untuk membeli dengan seller yang banyak membantu menjimatkan duit mereka.
3) Menambah Bajet Iklan Shopee (Shopee Ads)
Jika anda sudah biasa menggunakan Shopee Ads, anda boleh menambah bajet Shopee Ads semasa event 12.12 supaya produk jualan anda dapat dilihat oleh lebih ramai pembeli.
Pada hari jualan besar, kebanyakan pembeli Shopee sebenarnya sudah set kan dalam minda mereka untuk membeli-belah kerana mereka tahu ada banyak kelebihan yang mereka akan dapat, tetapi tidak semua pembeli tahu apa barang yang mereka ingin beli. Jadi, pembeli sebegini biasanya akan window shopping dahulu. Mereka akan scroll, scroll dan terus scroll, sehinggalah mereka terjumpa barang yang menarik perhatian mereka.
Apabila anda menambah bajet Shopee ads, berkemungkinan besar produk jualan anda muncul di screen hp atau PC pembeli tersebut. Ini kerana Shopee akan lebih mengutamakan produk jualan anda apabila anda berbelanja lebih untuk Shopee ads. Semakin banyak anda melabur, semakin banyak pulangannya. Namun, anda mesti mendalami ilmu Shopee ads dengan betul. Ini bagi mengelakkan seller menanggung kerugian dan keuntungan yang sedikit.
Jika anda mempunyai bajet Shopee ads yang besar, anda boleh mengaktifkan fungsi Auto Price Optimisation supaya Shopee dapat mempromosikan produk jualan anda seluas yang mungkin kepada pembeli berpotensi.
Tips : Berdasarkan pengalaman saya, jualan akan meningkat 3 hingga 4 kali ganda semasa event besar. Pastikan duit iklan anda mencukupi untuk hari tersebut supaya iklan anda tidak terhenti.
4) Dekorasi Halaman Utama (Shop Decoration)
Ini adalah bahagian kegemaran saya. Shopee ada menyediakan feature untuk kita mengubah dekorasi halaman utama kedai kita supaya lebih menarik iaitu Shop Decoration.
Anda boleh menghias kedai Shopee anda mengikut tema event terdekat supaya Shop Decoration kedai anda kelihatan hebat di mata pembeli. Tonjolkan produk yang akan dipromosi semasa 12.12 dengan berkesan pada bahagian atas Shop Decoration.
Kedai anda akan kelihatan unik dan berbeza berbanding kedai-kedai Shopee yang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan pembeli untuk singgah dan membeli di kedai anda.
Tips : Anda boleh menggunakan template yang disediakan jika tiada pengalaman dalam rekabentuk grafik.
Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi www.canva.com Landing page anda akan lebih menarik jika anda pautkan mana-mana link di dalam Shopee mengikut kreativiti anda. Draf dahulu rekabentuk susunan kedai anda dan mahirkan penggunaan komponen yang Shopee sediakan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan template 12.12, boleh download di link di bawah :
https://bit.ly/308vsoY