Jom Tambah Chat Response Rate

 Jom Tambah Chat Response Rate

Anda yang ingin menjadi Preferred Seller mesti kena tau syarat-syarat yang diperlukan untuk lulus. Antara syaratnya adalah Chat Response Rate melebihi 85%.

Apa maksud Chat Response Rate ni?

Chat Response Rate merupakan peratusan chat baru dan offer yang seller respon dalam masa 12 jam selepas terima mesej tersebut, yang dikira selama 90 hari yang lepas.

Autoreply tidak masuk dalam peratusan ini bermakna walaupun dah setup autoreply, seller perlu tetap respon mesej tersebut.

Jika mesej yang diterima tidak dibalas dalam masa 12jam, mesej tersebut akan masuk dalam kategori “Non-Responded Chat”.

Di bawah merupakan contoh jalan kira untuk mengetahui peratusan Chat Response Rate:

82 merupakan jumlah mesej yang masuk dalam masa 30 hari yang lepas.

66 mesej dikategorikan sebagai Responded Chats manakala 16 mesej dikategorikan sebagai Non-Responded Chat.

Untuk mengira peratusan, jumlah Responded Chat bahagi dengan jumlah mesej.

Jadi untuk mendapatkan 85% ke atas, anda perlu kurangkan Non-Responded Chat. Mesej yang masuk akan dikira terus walaupun mesej itu dapat pukul 1 pagi.

Jadi jika kebiasaan anda tidur pukul 10pm (sebelum tidur cek Shopee dulu), jadi anda perlu cek balik Shopee sebelum pukul 10am esok pagi. Jika terlebih 10am, mesej yang dapat akan masuk dalam Non-Responded Chat.

Harap dapat menjelaskan perkiraan Chat Response Rate.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post