Berita Baik kepada Pembeli Sabah dan Sarawak

 Berita Baik kepada Pembeli Sabah dan Sarawak

Shopee telah membuat kemas kini terbaru untuk logistik penghantaran parcel.

Antaranya ialah penggunakan Shopee Express untuk pos parcel ke Sabah dan Sarawak. Shopee Express menggunakan penghantaran laut (Sea Shipping) menyebabkan kos pos akan jadi lebih murah berbanding kurier lain.

Untuk 5kg dan ke bawah, caj hanya RM5.04 akan dikenakan kepada pembeli Sabah dan Sarawak.

Faedah menggunakan Shopee Express:

  • Tidak akan berlaku gangguan pengeposan
  • Kadar caj pengeposan yang paling murah untuk 15kg pertama
  • Boleh pos banyak tempat ke Sabah dan Sarawak
  • Boleh pos sehingga 70kg

*Setakat ni Shopee Express hanya boleh guna untuk seller semenanjung sahaja.

Untuk mendaftar Shopee Express, boleh tekan link di bawah:

https://www.surveygizmo.com/s3/5967168/Shopee-Express-Sign-up-Form/?sglocale=my&userid=269210837

Selain itu, Shopee memaklumkan J&T akan cover lebih banyak tempat di Sabah dan Sarawak. Jadi bagi seller yang selalu guna J&T akan boleh dapat banyak lagi buyer dari Sabah dan Sarawak.

Ketiga, Shopee telah semak semula kadar caj penghantaran ke Sabah dan Sarawak menggunakan Pos Laju. Boleh tengok table di bawah untuk perbandingan:

Dan di bawah ni table perbandingan caj yang dikenakan mengikut jenis kurier:

Jadi anda boleh pilih nak guna kurier yang mana untuk dapat harga lagi murah. Tapi ni terhad mengikut kurier apa yang seller tu pakai.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
Afifganu

Afif Ganu

Related post