Usahawan Shopee Perlu Adaptasi Perubahan Berlaku

 Usahawan Shopee Perlu Adaptasi Perubahan Berlaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sellers Semalam saya baca macam2 keluhan, komen dan lain2. Ramai yang tak puas hati, sedih, rasa Shopee zalim dan lain2.

Pagi ni saya nak kongsikan pendapat saya. Ini data jualan saya tiap bulan:

Physical Store : 55.9%

Shopee : 40.2%

Lazada : 2.7%

PGMall + lain2 : 1.2% 

Saya buat jualan 6 angka tiap bulan dan bulan Mac mencatatkan peningkatan tertinggi, jumlah jualan 17 hari dah melebihi jualan sebulan Februari. 

So, saya nak tanya seller yang dok ajak seller lain jump ship ke marketplace lain :

1. Dalam kes saya di atas, patut ke saya close shop di Shopee?

2. Ada tips tak macam mana nak tawan algo Lazada dll?

3. Anda dah jump ship ker?

4. Kenapa tak jump ship diam2? Kenapa nak ajak ramai2? Tak takut ke nanti di kapal baru tu pulak ramai seller? Tak takut ke jenuh nak fight meniaga buang harga pulak dalam kapal baru? 

Untuk seller yang nak opt out FSP15 & CCB10, semalam banyak dah link dipautkan, so cepat2 opt out takut nanti sistem jammed. Dan untuk seller yang nak jadi Non PS tanpa perlu rosakkan performance, masukkan INTANGIBLE LISTINGS dalam listing anda. Setel & mudah.

Selama saya dalam bidang perniagaan & pemasaran khususnya hampir 20 tahun, cara untuk terus bertahan dan terus maju adalah dengan ADAPT TO CHANGES, bukannya merengek tiap kali ada perubahan. 

Ini bukan isu siapa modal tinggi, siapa margin lebar, siapa ada benefit lebih, ini soal adakah kita seller yang MAMPAN atau tidak. Saya harap sellers lain jangan termakan ajakan untuk jump ship, just tambah jer so boleh makan keliling sebab saya pasti yang ajak jump ship tu pon takkan lompat pon. 

Saya harap kita semua akan terus cekal dan maju di masa hadapan.

MATA

MATA

Related post