COD Dalam Shopee
Akhirnya Shopee memasukkan fungsi Cash On Delivery (COD) dalam cara pembayaran terbaru. COD setakat ni hanya terpakai untuk Shopee Express, DHL eCommerce (bermula 26/3) dan Ninja Van (akan datang).
Untuk Shopee Express, hanya selected seller akan dapat menggunakan fungsi ini. Dan cara pembayaran ni terhad untuk Lembah Klang, Negeri Sembilan, Penang, Melaka, Johor, Perak, Kedah (selected postcode) dan Pahang (selected postcode).
Manakala untuk DHL dan Ninja Van, akan dapat digunakan untuk seluruh semenanjung dan selected bandar di Sabah dan Sarawak.
Faedah COD
- Boleh masuk dalam tempat khas produk yang boleh COD
- Discount oleh Shopee untuk pengguna yang baru nak guna fungsi COD
- Tingkatkan jualan sebab sesetengan buyer suka bayar guna COD
- Nikmati promosi 1% caj transaksi berbanding 2% yang menggunakan cara pembayaran lain
Cara untuk aktifkan COD
Masuk ke Shipping Setting dan On kan butang COD
Cara Membuat Penghantaran
- Tempahan menggunakan COD akan berada dalam Unpaid Tab selama 2 jam untuk tempoh pengesahan pembelian.
- Selepas tu, anda boleh susun drop-off/pickup bila status dah bertukar kepada Arrange Pickup
Untuk lebih jelas, boleh tengok gambar rajah di bawah: