Apa Darjat Anda Dalam Shopee?

 Apa Darjat Anda Dalam Shopee?

Darjat Dalam Shopee

Tau kah anda seller di Shopee mempunyai beberapa peringkat pangkat. Pangkat atau darjat ini diperolehi mengikut kelayakan yang Shopee telah tetapkan.

Dan di setiap pangkat, pelbagai kelebihan yang Shopee tawarkan kepada seller tersebut di mana seller lain tidak dapat.

Darjat ini bermula dengan Normal Seller, iaitu seller yang baru mula menjual di Shopee. Seller ini tidak dapat apa-apa kelebihan lagi. Untuk seller ini, dia tidak akan dikenakan MarketPlace Commission Fee sehingga la dia mendapat 100 completed order.

Darjat seterusnya adalah Preferred Seller. Preferred Seller ni akan dapat selepas mencapai kelayakan yang Shopee tetapkan. Boleh tekan link ini untuk tau kelayakan itu . Seller yang menjadi Preferred Seller akan mendapat kelebihan antaranya Tag Preferred Seller, dapat lebih exposure dan customer boleh redeem coins. Tapi kena ingat, seller perlu maintain setiap bulan 75 Order, penalti di bawah 1 point dan lain-lain yang telah Shopee beri.

Preferred Seller + merupakan pangkat seterusnya. Kelayakan untuk dapat pangkat ini sama seperti Preferred Seller, cuma tambahan adalah perlu kekalkan 95% Chat Response Rate selama 8 mingu berturut. Antara kelebihan yang dapat adalah Tag Preferred Seller + dan potongan 15% untuk pembelian Shopee Ads.

Next adalah Priority Seller Special. Shopee akan pilih seller dari kalangan Preferred Seller/Preferred Seller+. Shopee akan chat seller yang layak untuk join pangkat ini. Syarat yang Shopee tetapkan untuk join pangkat ini adalah seller tidak boleh menjual di Lazada dan lain-lain marketplace. Antara kelebihan yang dapat adalah 35% potongan komisen pada Service Fee.

Last sekali, darjat paling tinggi dalam Shopee adalah Priority Seller. Tiada formula atau indikator bagi mengetahui kelayakan untuk sertai. Shopee akan memberi jemputan untuk join jika terpilih. Syarat yang Shopee tetapkan adalah sama seperti Priority Seller Special iaitu tidak boleh buka kedai di Lazada dan marketplace lain. Kelebihan yang dapat adalah 50% potongan komisen pada Service Fee, dapat khidmat RM (Relationship Manager), baucar percuma Shopee sehingga Rm500/bulan dan lain-lain.

 Anda berada di pangkat/darjat yang mana?

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
Afifganu

Afif Ganu

Related post