Customer Appreciation (Pt4)

 Customer Appreciation (Pt4)

How I Did It? Pt4 – Customer Appreciation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers and to Deans too.

Semalam ni ada free time sikit so tulis sikit bab Customer Appreciation.

Ingat lagi tak post saya sebelum ni tentang Repeat Buyers? Ini adalah sambungan daripada post tu.

Dari semasa ke semasa, perniagaan kita akan makin kehilangan pelanggan. Dan bila benda ni berlaku, kita akan kerugian dalam CAC (Customer Acquisition Cost).

Strategi Penghargaan Pelanggan & Mengapa Ianya Penting Untuk Perniagaan?

Setiap apa yang kita belanjakan di Shopee ni (ads, voucher dll), kita bukan berbelanja untuk menjual produk tapi kita berbelanja untuk dapatkan PELANGGAN. Sebab tu disarankan untuk menjual pelbagai jenis produk supaya CAC kita efisien. Setiap pelanggan yang kita dapat sebenarnya datang bersama kos, samada kita sedar atau tak, ianya memang wujud. Sebab tu kita tengok ada seller yang sanggup habiskan ads berpuluh ribu sebulan, sebab diorang jual pelbagai jenis produk (semua niche diorang tapau) dan produk mereka pula jenis yang pengguna akan beli berulang2 seperti pasir kucing tu (banyak gak saya habis duit tiap bulan just nak bagi kucing2 saya berak dengan tenang & gembira).

So, ini apa yang saya buat untuk Customer Appreciation saya sempena Ramadhan.

  1. Saya beli kurma yang siap packing dah kat YT sebab saya malas repacking. Kalau anda rajin, boleh je pertimbangkan cara repacking sebab lebih jimat. Buat kotak khas anda supaya nampak eksklusif dari anda.
  2. Saya buatkan Thank You Card khas dan bubuh ayat2 yang mencairkan hati mereka yang membacanya untuk terus setia dengan saya.
  3. Saya dapatkan data Repeat Buyers saya yang membeli lebih 5 kali. Rujuk post sebelum ni untuk ketahui cara nak ekstrak data ni.
  4. Saya balut kurma tu kasi cantik2, selit thank you card dan pos pakai Easy Parcel.

Berapa kos semua ni untuk seorang loyal customer tu?

  • Tak mahal, tak sampai pon RM25.

Apa saya dapat?

  1. Kesetiaan – tak sampai seminggu, 23% daripada penerima tadi repeat orders dan jumlah sales per order diorang makin tinggi.
  2. Penghargaan – 38% penerima chat saya ucapkan terima kasih atas pemberian tu.
  3. Sales – saya happy sekarang sebab sales saya naik melonjak semula tambahan pula kempen Raya bersama Shopee 23.4 ni.
  4. PAHALA – yang ni benda tak nampak tapi ada di SANA. Dan la ni bulan Ramadhan, so berganda2 la. Kita hidup memang kejar yang ni pon.
  5. Keberkatan dalam berniaga – yang ni tak boleh nampak tapi boleh rasa. Yang memberi akan menerima berlipat kali ganda.
  6. CAC Efficiency – saya yakin untuk 50% penerima tu saya dah tak perlu ragui dah kesetiaan mereka. Lebih jimat menjual kepada pembeli sedia ada, 6 ~ 7 kali lebih murah berbanding pelanggan baru.
  7. Call daripada Branch Manager DHL – tetiba lak dia call sebab nak tawarkan khidmat pickup padahal hari2 biasa bukannya banyak pon parcel DHL sebab JNT dah conquer.

Setakat ini dulu. Kalau ada soalan, tanya jer kat komen sebab nanti akan ada ramai seller lain yang akan bantu jawabkan.

Ini bukan post RIAK, ini post nak ajak anda semua buat perkara yang sama. Kita sebagai sellers suka dihargai dengan 5 star rating dan review cantik, mereka (pengguna) juga suka dihargai. So, marilah sama2 menghargai pelanggan setia anda.

Saya harap saya akan dapat appreciation gift daripada seller packing material hat saya dok ulang beli tiap 2 minggu tu.

HowIDidIt

MATA

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
MATA

MATA

Related post