Repeat Purchase Rate (Pt2)
How I Did It? Pt2 – Repeat Purchase Rate
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.
Semalam ni ada free time sikit so tulis sikit bab EXISTING BUYERS (EB) & REPEAT PURCHASE RATE (RPR) untuk share pagi ni.
Existing Buyers : Total numbers of unique existing buyers in the selected time period that has at least 1 paid order in 12 months before the selected time period.
Repeat Purchase Rate : Percentage of customers who paid for orders more than one time over selected time period.
Target saya tiap bulan:
- Existing Buyers = kekalkan 15% ~ 20%
- Repeat Purchase Rate = kekalkan atas 5%.
Berapa pun nilainya, anda yang tetapkan bergantung kepada niche produk anda. Awal business, nilai RPR ni biasanya besar sebab nilai Total Buyers masih sikit. Lama kelamaan bila Total Buyers makin banyak, nilai RPR ni akan makin susah nak dimaintain.
Penting ke EB & RPR ni?
Pada saya, YA, penting untuk :
- Customer Acquisition Cost (CAC) Optimization. Bab CAC ni nanti2 la story.
- Kesinambungan sales tiap bulan.
- Penilaian prestasi
How I Did It?
- *Product *–
a. Sebaiknya, produk yang dijual biarlah produk yang medium or high repeat purchasing rate. Maksudnya kalau anda jual TUNGKU BATU SUNGAI, possibility untuk buyers nak repeat beli batu tu sangat rendah kecuali batu tu hilang. So, juallah produk yang buyers kena ulang beli tiap bulan. Nak tau produk apa nak dijual? Tanya Tomito Gogo, dia jual macam2 dah serupa TESCO.
b. Pelbagaikan produk. Cater the needs of both the genders & all ages. Lagi best kalau jual both seasonal and evergreen products. So, pandai2 la tambah produk dan memandangkan Ramadhan & Syawal dah dekat, jangan lepaskan peluang.
- *Packing *– pastikan kaedah packing anda tip top dan banyakkan berdoa supaya parcel anda sampai dalam kondisi terbaik kepada buyers. Lately bila saya tukar from bubblewrap to inflatable air column (for certain products), ramai lak buyers puji kat review sebab diorang dapat produk in good condition. Part packing ni boleh rujuk post Wawan Faiz, banyak gak dia share about packing method.
- *Courier *– pilih kurier yang bagus je la. Offkan je mana2 kurier yang kerap bagi masalah sebab semua masalah ni biasanya akan menyebabkan buyers salahkan sellers walaupun hakikatnya ia adalah masalah kurier. Saya off Ninja sebab dia suka bawa parcel saya melancong. Saya on J&T, Poslaju & DHL sebab 3-3 tu boleh scan dengan cepat tiap hari.
- *Voucher *– saya buat banyak voucher discount. Logiknya, buyers akan claim semua tapi just boleh pakai 1 je tiap kali checkout. The rest is consumer behaviour. Buat banyak2 dan pelbagaikan – ada yang limited, ada yang special, ada fix value, ada kasi percent dll. Part ni boleh tanya Saiful Bahari, dia buat macam2 voucher.
- Free Gift – saya bagi free gift, cakap la apa pun, saya tetap akan terus bagi free gift sebab itu salah satu customer appreciation and add value to their puchasing. Part ni, saya sarankan bagi free gift yang beneficial to customers, tak perlu mahal janji berguna. Ada yang bagi bersyarat dengan nilai pembelian, ada yang bagi dengan lebihkan kuantiti item yang dibeli, so terpulang.
- Offline Remarketing – saya buat katalog dan masukkan dalam tiap parcel untuk tarik minat buyers beli produk lain pula. Ada juga saya tengok bagi thank you card yang tertulis voucher code. Buat la macam mana pon, janji buyers repeat.
- Get PS Title – it is for COINS and it really helps in encouraging repeat purchasing lebih2 lagi kalau competitor anda takde title PS.
- Join FSP15 – walaupun 70% daripada total buyers saya tak utilize this tapi majority repeat buyers saya utilize, so saya masih rasa berbaloi join program ni.
- Be Responsive – jawab chat sesegera mungkin dan seramah mungkin. Malah kalau tak busy, saya update kat buyers bila saya dah ship out parcel diorang. Setakat sorang dua nak marah sedangkan ratusan lagi puji, saya ignore ja sorang dua tu sebab saya tak habiskan masa untuk chat wars. Cuma perlu ingat, kalau anda hantar chat, anda adalah buyers so let the other side end it (walaupun Shopee Uni Dean dok ulang2 bagitau tak perlu jadi yang terakhir, janji balas dalam masa 12 jam). Berkaitan cara nak jaga CRR ni, tanya KC Loong sebab CRR dia 100%.
- Daily Ship Out – start saya dapat 1st order sampai ke hari ni, saya masih ship out daily without fail kecuali hari cuti (Jumaat dan Cuti Umum). As a sellers, saya maklumkan hal ni dalam auto chat reply dan dalam tiap PDP description. So far, takde masalah. Kalau buyers nak cancel orders sebab nak pakai urgent, saya approve jer.
- Shop Shocking Sale – saya buat SSS sebulan sekali dan tiap kali saya buat, saya akan broadcast untuk maklumkan kepada buyers saya 2 jam sebelum event. Setakat sekarang, semua ok sebab buyers saya macam ternanti2 SSS saya. Tiap kali buat, sales masuk lebih RM1K. Jangan dok broadcast kat followers, satgi dapat followers yang jenis “reply & block”, naya je.
- Surprise Gift – saya buat mana2 buyer yang ulang membeli lebih 5 kali, saya akan poskan hadiah kat diorang secara surprise, berterima kasih pada diorang sebab setia dengan saya. Kalau anda tak pernah buat macam ni, boleh start buat. Ramadhan dah nak tiba, poskan kurma kepada buyer anda. Boh la sekeping Kad Aidilfitri atau sampul duit raya. Korang nak sampul duit raya, order kat Rizal Zainudin sebab harga dia cun.
Apa pun yang anda buat, just remember to Put Yourself In Buyer’s Shoes. Betul tak Yana Azmi Tan?
Setakat ini dulu. Kalau ada soalan, tanya jer kat komen sebab nanti akan ada ramai seller lain yang akan bantu jawabkan.
A Goal Without A Plan Is Just A Wish