First Sale (Pt1)

 First Sale (Pt1)

How I Did It? pt1 – First Sale

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.

Lucky me, hari ni order tak banyak so saya nak share bagaimana saya buat sales awal2 dulu via Shopee. Sebelum tu, saya nak share data about my sales.

First product listed : 23 April 2020

First product sold : 23 April 2020

First 30 days orders : 92 orders

HOW I DID IT?

  1. Get knowledge – saya spend 2 hari untuk tahu & belajar cara nak listing PDP dan setup Shopee Ads dari Youtube.
  2. Research – saya search & scroll Shopee untuk tengok apa produk yang akan membolehkan saya dapat sales. Selepas 3 jam, saya decide untuk jual BELACAN & IKAN BILIS KOPEK. Saya sebenarnya jual Health Supplements & Baby Formula, tapi saya jual belacan dan ikan bilis ni semata2 untuk ORDERS, TRAFFIC & ALGORITHM. 4 hari lepas tu barulah saya masukkan listing produk yang saya betul2 nak jual.
  3. Be different – bila saya scroll belacan, saya tengok majoriti tempek gambar belacan yang disnap pakai phone dan nampak belacan dalam bungkusan je. Saya snap pic belacan yang menampakkan tekstur belacan tu yang fresh (close up). Gambar tu kalau orang hat ada resdung tengok, terbersin terus sebab macam dah boleh imagine bau dan rasanya. Sama gak ngan kes ikan bilis kopek tu. Nampak putih bersih menawan hati. Pastu saya boh pulak gambar ikan bilis yang dah siap goreng. Nampak rangup bangat. You don’t need DSLR, snap by phone already superb. It’s how you capture the angle. By the way, saya jual belacan & ikan bilis yang memang premium grade dan fresh. Saya tak amalkan konsep white background sebab saya amalkan konsep STAND OUT.
  4. Copywriting – saya spend masa 3 jam untuk buat penulisan yang menepati requirement algo Shopee. Penulisan title dan description tu saya betul2 take serious & detail. Dalam title, di awal sekali saya tulis SEGAR & STOK BARU untuk belacan dan RANGUP & GRED PREMIUM untuk ikan bilis kopek. Cara saya berfikir lain sikit sebab saya letak di awal bukan nama item atau brand tapi saya letakkan USP (unique selling proposition) item tu.
  5. Picture – saya letak gambar full terus penuh 9 slot tu. Part variasi mcm saiz & berat belacan berbeza tu pon saya boh gambar. Dalam part gambar ni, saya tak masukkan semua tu gambar tapi saya masukkan juga info deskripsi, feature dll about produk. Hat belacan ini saya masukkan resipi masakan. Hat ikan bilis saya boh “Cara nak goreng ikan bilis supaya rangup sampai bunyi kreuk kreuk”. Part variasi lak saya tak hanya masukkan gambar tapi siap dengan nama item, berat, bentuk dll.
  6. Pricing – part ni mudah je. Saya buat senarai harga yang seller2 lain tawarkan dan saya ambil purata. So, harga yang saya tawarkan dok di tengah2, tak mahal & tak murah tapi just nice jer. Saya tak drop harga saya sebab saya nak kena spend banyak lagi kat discount, voucher, add on & bundle deal. Dan untung kasar selalunya saya amik minima 30% sebab Shopee amik pon dah 7%. Pastu nak kena tolak kos packing & return (in case kalah kes dispute) dll.
  7. Discount – saya buat discount promotion saya semua 30% ke atas. Saya tak tau apa fungsi DP ni untuk algo tapi saya buat untuk halwa mata. Selalu buyers perempuan suka symbol % OFF ni.
  8. Voucher – saya buat semua jenis voucher dan saya buat banyak. Follow Voucher saya buat no min basket, no limit (no cap), 3% off. Pastu Shop Voucher saya buat dari sekecil diskaun 50 sen sampai la diskaun RM5. Jarak minimum basket tu tak jauh so selalunya buyers akan beli banyak sebab kejar diskaun. Kaedahnya, saya nak buyers berbelanja RM60 ++, so saya buat basket RM49 off RM1 dan basket RM60 off RM2. SV RM1 off saya jadi tak laku dan RM2 off habis cepat. Jumlah SV RM1 saya buat 1000 pcs tp SV RM2 saya buat 100 ja. Pastu saya letak skali had masa sebab saya suka boost sense of urgency guna konsep FOMO (Fear of Missing Out).
  9. Bundle Deals – saya pegu semua 40 item margin lebar yang saya jual. Saya buat Buy 5 items Off 3%.
  10. Add-On Deals – baki 20 item margin nipis saya buat add on. Saya buat beli item mahal boleh beli item murah dapat 3% off.
  11. Shopee Ads – yang ni PALING PENTING. Saya tau ramai sellers yang boleh buat banyak sales organically but still saya rasa rugi kalau tak utilize Search & Discovery Ads ni. Cuma, kena ubah mindset sebab Ads ni bukan untuk GMV tapi untuk Impression. Saya buat ads untuk semua produk yang saya listkan dan saya bid CPC hanya RM0.06 – RM0.10 sahaja. Syarikat luar sana tak stopkan iklan (digital, audio, print, outdoor dll) diorang jika jualan diorang tak capai target atau rasa expense tak berbaloi tapi diorang akan improve content iklan diorang. So, don’t stop, just improve your listing and keyword.

So gais, ini antara apa yang saya buat. Maybe ramai lagi sellers yang hebat2 dalam ni boleh add-on ideas untuk seller2 lain.

HowIDidIt

MATA

MATA

MATA

Related post