Getting Sales After Long Vacation (Pt5)

 Getting Sales After Long Vacation (Pt5)

How I Did It? Pt5 – Getting Sales After Long Vacation

Assalamualaikum & salam sejahtera to all sellers.

Akhir2 ni susah betul nak dapatkan sales jadi perkongsian saya hari ni adalah berkaitan “Bagaimana Saya Gunakan Feature Marketing Untuk Naikkan Semula Sales” saya selepas 19 hari on vacation due to COVID19. Saya start cuti 28 Julai dan buka semula 15 Ogos = 19 hari cuti. Listing produk2 saya memang terbenam jauh tak jumpa2.

HOW I DID IT?

1) Create SHOP VOUCHER

a) Buat SHOP VOUCHER khas as a token of appreciation to loyal customers. Kalau tak mampu, buatkan PRODUCT VOUCHER khas untuk 10 produk yang repeatedly bought seperti yang diset di Shop Flash Sale.

b) Bagi nilai yang ikhlas dan menarik dalam bentuk FIXED AMOUNT. Elakkan PERCENTAGE atau COIN CASHBACK.

c) MINIMUM BASKET setkan SHOP AVERAGE BASKET SIZE.

2) Create SHOP FLASH SALE

a) Pilih 10 produk yang customers kerap beli berulang.

b) Setkan diskaun minimum 1% daripada DISCOUNTED PRICE (dalam Discount Promotion).

c) Pilih TIME SLOT terbaik iaitu waktu paling banyak pembelian berlaku.

3) Create BROADCAST

a) Mula2 setkan RECIPIENT GROUP target repeated customers yang membeli 10 produk tadi.

i) SELLER CENTRE – CUSTOMER GROUPS – CREATE NEW GROUP – CUSTOMER BEHAVIOUR – ORDERS – set minimum 2 to 99 + PURCHASED PRODUCT – SELECT PRODUCTS (select 10 produk tadi) – CREATE

b) Pastu buat CHAT BROADCAST

c) Pilih CB FOLLOWERS OR BUYERS dan pilih group yang baru buat tadi.

d) Mesej tu saya maklumkan yang kami dah open for business dan kami ada buat promo Flash Sale dan kasi Discount Voucher as token of appreciation.

e) BROADCAST CONTENT just masukkan VOUCHER yang baru buat atas tadi dan PROMOTION pilih SHOP FLASH SALE yang dah set tadi. Bahagian PRODUCT biarkan kosong.

f) BROADCAST TIME saya set LATER dan pilih waktu paling sesuai – ready to reply ASAP

RESULT : Alhamdulillah saya berjaya capai target sales yang saya nak. Kaedah ni hanya untuk dapatkan sales bagi 3 hari pertama tu jer, untuk sales hari2 lain, macam2 lagi saya buat. Nanti2 la share hat lain2 tu sbb part tu lg susah dan penat.

NOTE :

  • Perkongsian ni nampak macam mudah tapi part perincian dia susah. Pun begitu, tak la susah sangat kalau anda faham marketing dan consumer behaviour.
  • Tak semua sellers akan dapat result seperti yang diingini. So, good luck.
  • Tak ada guna buat voucher, flash sale atau apa2 promotion kalau tak dihebahkan.
  • Nak lagi best, time ni tekan ads sampai rapat meter. Tak perlu bid tinggi, cuma perlu focus untuk optimisation je – part ni serius memenatkan.
  • CB ni macam pedang mata dua, pandai pakai untung, tak pandai pakai makan diri.
  • Tak perlu gagahi nak kekal chat rating 100%. Benda ni halwa mata je. Sendiri seronok tapi buyers don’t care.
  • Better jangan dok cari followers kalangan sellers hat tak faham chat rating lebih2 lagi seller China.
  • Planning sangat penting so sebelum nak buat apa2, plan dulu bagi cun.
  • Kalau apa yang dikongsi ni memberi kebaikan, sharekan dengan sellers lain luar sana sebab makan sorang2 bukannya seronok pon dan ilmu disimpan bukan boleh jadi barang antik.
  • Kalau ada apa2 soalan, tanya je kat komen, nanti ada la seller2 lain tolong jawab kalau saya tak sempat jawab. Geng2 Bintang yang lain pon ada untuk jawab persoalan.
  • Kalau ada apa2 masalah, sila tanya Deans.
  • Walau berapa pun sales anda hari ini, jangan mengeluh sebab Life Always Offers You A Second Chance, It’s Called Tomorrow.

HowIDidIt

MATA

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
MATA

MATA

Related post