Discovery Ads (Pt6)

 Discovery Ads (Pt6)

How I Did It? Pt6 – Discovery Ads

Assalamualaikum & salam sejahtera to all sellers.

Kali ni saya nak share tentang Discovery Ads (DA) dan macam mana saya setting DA. Post ni panjang dan maybe akan ada apa yang saya tulis ni susah difahami. Tapi takpe, just baca slow2 dan kalau ada soalan, just komen kat bawah.

Disebabkan saya malas nak tulis panjang2, so saya straight to the point je la cara saya setting Discovery Ads.

A. SETTING

  1. Saya mulakan dengan STOP DA semua listing pakai MASS STOP.
  2. Kemudian buat balik.
  3. Klik -> “+ Create New Ads” –> “Discovery Ads” –> OFF “Auto Optimisation” –> “+ Add Products” -> Select All (bagi cukup 50 products) -> “Confirm”
  4. Part setting, saya set:

a. Bid Price – 0.04

b. Budget – Daily Budget RM2.00

c. Time Length – No Time Limit

  1. Lepas tu kat “Add Advance Setting”, saya set “Premium Rate”:

a. Similar Product = 300%

b. Daily Discover = 100%

c. You May Also Like = 200%

  1. Last sekali “Publish Ads”
  2. Done…………….

Disebabkan produk saya lebih 50, maka semua step start no 3 tu saya ulangi.

B. BID PRICE

  1. Saya start minimum dan saya increase dari sehari ke sehari berdasarkan data “Impression”.
  2. Kalau Impression sikit, saya akan up 1 sen.
  3. Impression banyak, saya stay kat situ.
  4. “Boleh dapat impression ke pakai CPC 0.04?” – Saya jenis tak kalut kejar sales, janji apa yang saya buat tu efisien, saya OK je. So, saya akan up bid dari sehari ke sehari.
  5. “Impression banyak tu berapa banyak?” – Terpulang, saya target atas 250 sehari utk tiap listing (Hero SKU).
  6. “Ada listing yang langsung takde impression bila bid kecil?” – Ya, memang saya pon hadapi benda sama. Saya up setakat yang saya mampu ja dan tengok kepada nature item tu.
  7. “Kalau nak set terus bid RM1 boleh?” – Boleh, sebab tu duit anda.

C. BUDGET

  1. Saya start dengan Daily RM2.00 je tapi bila ada listing yang Expense cecah RM1.50 Daily, saya akan up budget tambah RM1.00 dan seterusnya begitu.
  2. Setakat la ni, paling tinggi Daily Budget RM5.00.
  3. “Nak set terus set Daily Budget RM100, boleh?” – Boleh je tapi sebaiknya tengok data performance, jangan sampai rugi.
  4. Akan ada item yang telan expense tinggi tapi conversion menyedihkan. Ada item yang conversion OK tapi ROI lak memilukan. So, pandai2 la pilih.

D. PREMIUM RATE

a. Similar Product

i. Kat sini saya set full 300% sebab hat ni paling best. Tugas dia “pikat” potential buyers dari listing seller lain.

ii. Sejujurnya, kalau harga item anda lebih murah, potensi anda untuk berjaya memikat buyers lebih tinggi.

iii. “Harga saya dah takleh turun dah, margin nipis. So, saya tak perlu compete kat sini ke?” – Takde masalah, kalau tak boleh compete PRICE, compete dengan VALUE.

iv. “Macam mana nak compete dengan VALUE?” – Tonjolkan USP item anda.

v. “Item saya sama je dengan competitor, USP item sama gak la?” – Tonjolkan USP anda.

vi. “USP, USP. USP tu apa?” – Google

b. You May Also Like

i. Yang ni best jugak. Conversion dari YMAL ni second highest, bawah sikit dari hasil conversion Similar Product.

ii. Mengikut kefahaman saya, YMAL ni tugas dia “suggest” item yang ada “history” dengan buyers.

c. Daily Discover

i. Yang ni pon saya rasa sama je ngan YMAL, ianya sebab “history”, cumanya dia ada kat Home.

ii. “Ada ke buyers hat pi jenguk kat Daily Discover ni?” – Entah, kalau ikutkan logik, sepatutnya jarang la buyers nak jenguk situ sebab selalunya buyers terus search. Tapi data saya tunjukkan impression dan conversion tinggi juga kat sini.

E. So, macam mana nak buat supaya pelaburan kat Discovery Ads ni berbaloi dan efisien?

1. Title

a. Title ni sebolehnya isi la bagi penuh. Masukkan keywords yang relevan dengan item. Pakai la multi language. Google translate sedia membantu.

b. Nak buat title, rujuk di Search Ads. Pilih perkataan yang search volume tinggi. Kadang2 search volume typo lagi tinggi dari ejaan baku.

c. Jangan copy title competitor atau seller lain. Be better than them.

2. Category

a. Kategori bagi betul ngan item. MASK saja dah ada 4 Main Category, so MASK anda kategori mana?

b. Dalam 4 kategori tu, kategori mana paling banyak conversion?

c. Masalah kalau kategori tak tepat ni takut terkena macam saya – Listing Deboosted. Tenggelam di dasar penat mencari.

3. Attribute

a. Sejujurnya, saya tak tahu apa impak Attribute ni untuk ads & organic. Cuma saya cuba yakinkan diri bahawa ia ada impak untuk carian supaya saya rajinkan diri mengisi.

b. Yang saya pasti, bahagian BRAND memang membantu. So, paksa diri anda daftarkan brand anda instead of dok pakai NoBrand ja.

4. USP

a. Sepatutnya tiap produk ada USPnya sendiri. Cuma masalahnya, ramai sellers tak tonjolkan USP item tu.

b. Dan kalau produk tu takda USP sekalipon, patutnya our business wajib ada USP.

c. USP ni make sure USP yang boleh naikkan nilai produk tu di mata dan hati buyers, jangan main bubuh ja. Jangan syok sendiri sedangkan consumer langsung tak kisah.

5. Harga

a. Kalau harga anda paling rendah, memang peluang conversion tinggi.

b. Kalau anda takleh nak rendahkan harga, paling tidak biarlah harga tu masih dalam range perceived value.

c. Buyers bayar HARGA tapi diorang beli NILAI yang ada pada produk tu. PRICE is what they pay, VALUE is what they get. So, naikkan nilai produk tu sesuai dengan harganya.

d. Ada antara seller2 besar yang amalkan LPG, so diorang tak berapa nak mampu bagi free gift. Kekadang bubblewrap pon xda. Jangan kata after sales service, even pre-sales pon diorang tak mampu bagi service yang baik sebab sibuk ngan order yang banyak. Ada yang even tak buat ads sebab margin memang dah nipis sangat. So, ini peluang untuk seller2 lain. Bukan untuk beat sales sellers tadi, tapi untuk pikat portion of potential buyers diorang.

e. Buyers memang expect diorang dapat nilai yang tinggi even diorang beli pada harga yang sangat murah. Cheapskate tend to go for the cheapest and sometimes their expectations are ‘so high’.

6. Buyer’s behaviour

a. Consumers tend to go / search for options / choices. So,diorang akan scroll ke bawah, ke tepi dsb. So, kenapa perlu kita bid mahal untuk dapat ranking paling tinggi, paling kiri?

b. Semua Hero SKU saya takde yang placing top untuk ads. Selalunya placing kat no 3 hingga no 10 untuk search ads dan untuk discovery ads, janji tercalon dah memadai. Tapi sold per month item saya beat listing yang placing at the top tu.

c. Tapi jangan sampai terbenam pulak, sebab possibility to be chosen tu memang susah yakmat.

Rumusannya, apa juga yang anda nak buat, biarlah ada reason. Kenapa nak pakai keyword tu? Kenapa nak bid RM0.80? Kenapa nak set premium 250%? Kenapa nak jual guna harga tu? Kenapa nak tonjolkan sesuatu perkara tu sebagai USP? Kenapa itu dan kenapa ini? Semua ni penting untuk be effective then be efficient. Tapi kalau anda kalut dan tak kisah profit, go for volume and jual pada harga paling murah.

Jangan turut sangat cakap sifu itu dan sifu ini yang suruh setting begitu begini sebab semua tu libatkan duit anda, perbelanjaan itu dari anda. Even saya pon cuma share apa yang saya buat, tapi part fine tuning, hanya untuk saya. Tak ada guna saya share part tu sebab resultnya tetap tak sama. Selebihnya terpulang kepada seller itu sendiri bagaimana dia nak fine tuning everything.* Tak perlu kalut nak turun berperang kalau pedang masih belum asah tajam, anak panah masih bengkok dan peluru belum isi*. Buat satu2 sampai complete. 1st EFFECTIVE, then EFFICIENT.

OK, so tamat la sudah. Perlu diingat, semua yang saya tuliskan ni hanyalah apa yang saya buat – mungkin sesuai, mungkin tidak dengan anda semua. Pandai-pandailah anda setting bagi cun. Anggap semua ini hanyalah saranan semata-mata.

Jika ada yang ditulis ini salah, maka dialu2kan untuk diperbetulkan dan mohon jangan follow benda yang salah tu.

HowIDidIt

MATA

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
MATA

MATA

Related post