Follow Prize

 Follow Prize

Follow prize adalah fungsi untuk menarik prospek untuk follow kedai anda. Jika dahulu, follower ni tidak memberi banyak kepentingan tapi sekarang, Shopee telah menambah satu lagi feature terbaru iaitu Feed. Feature ini memberi kelebihan kepada kedai yang mempunyai banyak follower. Feed akan dijelaskan dalam modul lain.

Secara mudahnya, follow prize ini adalah anda memberi reward dalam bentuk voucher kepada customer yang follow kedai anda.

Cara untuk membuat follow prize adalah dengan klik button Follow Prize

Anda akan nampak paparan seperti di bawah. Kat sini adalah list follow prize yang sedang dibuat dan telah dibuat. Untuk membuat yang baru, anda tekan Create Follow Prize.

Setting nya adalah sama dengan membuat voucher. Anda perlu masukkan nama, tempoh masa, reward type, minimum basket prize dan follow prize quantity.

Voucher ni akan ada expired selepas di claim iaitu hari yang diterima voucher tu + 7 hari. Ini bermaksud customer anda perlu guna voucher ni dalam tempoh masa 8 hari.

Selepas siap, tekan Save.

Nanti anda akan nampak popup ni akan keluar menunjukkan anda dah berjaya buat Follow Prize ini

Anda akan nampak detail follow prize yang baru anda buat itu

Ini contoh follow prize yang customer anda akan nampak bila dia buka kedai anda. Popup ni akan keluar secara automatic.

Notes: Customer anda akan nampak jika buka melalui app sahaja

Shopee juga menyediakan dashboard untuk follow prize

Itu sahaja untuk Follow Prize.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post