My Shop’s Shocking Sale
My Shop‘s Shocking Sale lebih kurang dengan Shopee Shocking Sale, cumanya My Shop’s Shocking Sale dapat dibuat oleh anda sendiri
Sesuai dengan namanya, promosi ni dibuat untuk customer yang masuk ke kedai kita di waktu tertentu akan mendapat promosi jualan.
Cara untuk membuat shocking sale ni adalah tekan My Shop’s Shocking Sale
Kemudian anda akan dapat tengok list shocking sale yang tengah ongoing dan expired. Untuk membuat yang baru, anda perlu tekan Create New Shocking Sale
Selepas itu, anda pilih tarikh dan masa yang masih available untuk anda buat shocking sale ini. Masa telah ditetapkan oleh Shopee sendiri, anda hanya perlu pilih sahaja
Then anda akan nampak masa yang tinggal untuk anda edit produk sebelum berlangsung shocking sale tersebut. Dan anda juga akan lihat kriteria yang perlu dipatuhi untuk membuat shocking sale ini. Baca dahulu kriteria itu sebelum pergi ke seterusnya. Kemudian, anda perlu Add Product yang ingin dibuat shocking sale.
Selepas selesai pilih produk, anda tekan Confirm.
Anda edit produk yang telah dipilih itu, dengan letak berapa diskaun yang ingin diberi, berapa stok yang diperuntukkan untuk shocking sale ini dan berapa purchase limit untuk setiap customer. Selepas itu, enable kan produk yang telah siap diedit. Anda boleh tengok contoh seperti di bawah
Setelah siap edit, tekan button Save & Submit
Anda akan nampak detail shocking sale yang baru dibuat itu
Di bawah ni adalah contoh shocking sale yang tengah berlangsung. Dan shocking sale ini hanya dapat dilihat melalui app sahaja
Okay siap untuk My Shop’s Shocking Sale