Free Buyer Return
Shopee telah memperkenalkan satu manfaat baru kepada buyer yang membeli kat Shopee. Manfaat ini adalah buyer boleh return barang kepada seller secara PERCUMA. Tetapi syarat yang Shopee tetapkan adalah buyer itu membeli barang daripada seller yang menyertai RM19 Free Shipping Package atau Shopee 10% Cashback Programme sahaja dan perlu menggunakan Poslaju.
PERHATIAN
Manfaat ini hanya akan bermula pada hari isnin ini (24/2/2020) dan jika customer mengguna kurier lain selain Poslaju, ada caj yang akan dikenakan.
Cara Untuk Mengguna Manfaat Ini
Mula-mula, buyer perlu membuat return request untuk return barang yang dibeli itu. Seller perlu memberi respon dalam masa 5 hari untuk terima request itu. Kemudian, buyer perlu return barang itu dalam masa 3 hari. Selepas barang dah sampai ke seller, seller perlu cek dan respon menerima barang tu dalam masa 5 hari. Selepas tu, Shopee akan ambil masa 5 hari untuk memulangkan kembali duit buyer itu.
Dan di bawah ini jadual kurier yang dicadangkan oleh Shopee. Untuk Poslaju, Shopee akan tanggung semua kos dan buyer boleh track barang melalui App Shopee.
Di bawah ni cikgu lampirkan langkah-langkah secara lengkap menggunakan kurier Poslaju ini
1) Selepas seller menerima request untuk return tu, buyer perlu memilih Select Courier
2) Buyer memilih Poslaju sebagai kurier untuk return barang. Selepas itu, tekan Confirm.
3) Waybill akan dibuat oleh Shopee. Buyer perlu memilih antara download waybill itu atau email waybill itu ke email yang telah didaftar di akaun Shopee buyer
4) Jika buyer pilih untuk email waybill tu, buyer tekan Email
5) Jika buyer belum verify email, buyer perlu verify dulu dengan pergi ke
Me > Account Setting > My Profile > Email > Verify Now
6) Jika susah untuk verify email, buyer boleh tekan Download untuk terus memuat turun dan print waybill tersebut
7) Buyer bungkus barang tersebut dan tampal waybill tersebut. Hantar parcel tersebut ke cawangan Poslaju yang berhampiran. Selepas Poslaju scan barcode di waybill tersebut, buyer boleh lihat tracking tersebut di App Shopee atau website Shopee.
8) Untuk seller, selepas buyer dah drop parcel di Poslaju, seller boleh lihat tracking di website kurier yang dipilih buyer tersebut
Okay, itu sahaja cara-cara untuk menggunakan Free Buyer Return
Rujukan: