Jualan Akhir Tahun (End Of Year Sale) – Aset-Aset Dalam Aplikasi

 Jualan Akhir Tahun (End Of Year Sale) – Aset-Aset Dalam Aplikasi

APAKAH ITU JUALAN AKHIR TAHUN???

Jualan Akhir Tahun Shopee (End Of Year Sale) merupakan satu acara jualan terbesar oleh Shopee bersempena jualan yang mula pada 9.9, 10.10, 11.11 & 12.12. Ini juga termasuk Jualan Hari Gaji 25hb (Payday Sale 25th). Acara jualan ini merupakan acara yang sangat besar kerana jumlah trafik & pembelian yang dibuat pada waktu acara ini meningkat secara mendadak.

Oleh kerana itu, anda sebagai penjual digalakkan untuk membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi acara ini kerana ini merupakan peluang keemasan untuk anda meningkatkan pendedahan produk & kedai anda. Selain itu, ianya berpeluang meningkatkan jumlah pesanan terima & hasil jualan kedai anda. Sempena acara besar ini, Shopee juga telah mengambil initiatif-initiatif terutamanya pada penyediaan & penggunaan beberapa ciri (features) dalam Shopee kepada para penjual yang menyertai acara ini untuk meningkatkan lagi trafik pembeli ke kedai anda & peluang untuk anda menjana hasil jualan dengan lebih optimum.

Jom kita tengok ciri-ciri yang disediakan khusus untuk menarik trafik yang tinggi ke Shopee pada acara Jualan Akhir Tahun Shopee di bawah ini.

Rajah 1.1 Pop-up Banner, Homepage Banner & Skinny Banner

1. Pop-up Banner
Ciri ini anda akan perasan bahawa ianya akan keluar pada pembukaan awal aplikasi di telefon atau laman web Shopee. Pada Jualan Akhir Tahun Shopee, ciri ini akan dipaparkan. Pop-up Banner ini hanya akan muncul sekali sahaja selepas pembukaan aplikasi atau selepas dipangkah. (Rujuk Rajah 1.1)

Apabila anda menekan banner tersebut, ianya akan membawa anda ke satu halaman khas yang mengumpulkan produk-produk yang menyertai acara Jualan Akhir Tahun Shopee. Bagi anda sebagai penjual yang join acara jualan besar ini, ianya akan membuka peluang untuk dapatkan pendedahan / trafik yang tinggi kepada produk & kedai anda. Ini sekaligus mampu meningkatkan meningkatkan hasil jualan anda & menaikkan branding anda.

2. Homepage Banner
Hebahan Jualan Akhir Tahun Shopee juga akan dipaparkan dalam Homepage Banner di halaman utama aplikasi pada bahagian teratas. Banner ini betul-betul diletakkan tepat bawah kotak carian dengant tujuan untuk menarik perhatian pembeli apabila mereka hendak menaip di kotak carian.

Apabila banner ini ditekan, ia akan buka satu laman mikro yang khusus untuk produk-produk acara Jualan Akhir Tahun sahaja. (Rujuk Rajah 1.1)

3. Skinny Banner
Banner ini juga memainkan peranan yang sama dengan 2 banner di atas. Yang membezakan dia dengan yang atas tadi adalah kedudukan & designnya dalam aplikasi. Kedudukannya berada selepas seksyen kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di atas. Designnya fokus kepada acara-acara / tawaran-tawaran berlainan yang sedang berlangsung.

Rajah 1.2 Search Pre-Fill, Dedicated Microsite, Microsite Exposure – Premium

4. Pra-Isi Carian (Search Pre-Fill)
Kotak carian ini awal-awalnya akan terisi dengan teks yang akan membawa pembeli / pelawat kepada acara Jualan Akhir Tahun Shopee pada mula pembukaan aplikasi Shopee di telefon. Ini mampu menarik lagi perhatian pembeli untuk mengisi kotak carian menggunakan teks yang telah di pra-paparkan.

5. Laman Mikro Khas (Dedicated Microsite)
Pada acara Jualan Akhir Tabun Shopee, laman mikro (microsite) ini akan memapaparkan produk, tawaran atau acara yang berkaitan selepas banner-banner dalam Rajah 1.1 ditekan. Fungsi ini biasanya dimonopoli oleh penjual mall kerana mereka fokus memaparkan produk-produk yang berjenama & terkenal sahaja.

6. Pendedahan Laman Mikro (Microsite Exposure) – Premium
Pendedahan laman mikro premium ini memaparkan senarai produk-produk terkenal mengikut jenama mereka. Penjual Mall / Flagship Store kebanyakannya akan mendapat keutamaan kepada ciri ini. Pada Jualan Akhir Tahun, ianya akan dilancarkan sendiri oleh Shopee. Ciri ini boleh dikategorikan sebagai ciri yang sangat ekslusif kerana tiada penjual selain dari taraf Mall atau Flagship Store mampu masuk / dapat ciri ini.

Rajah 1.3 Microsite Exposure – Standard, Sellers Vouchers Page, Brands Flash Sale

7. Pendedahan Laman Mikro (Microsite Exposure) – Standard
Laman mikro standard ini akan memaparkan produk-produk yang kebanyakan adalah dari kedai / penjual yang bukan taraf Mall. Laman ini terbuka apabila banner-banner yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 ditekan. Faedah daripada ciri ini ialah kebarangkalian jualan kedai atau produk anda akan meningkat, ini kerana berlakunya trafik yang tinggi dari pembeli yang melewati laman mikro ini.

8. Halaman Baucar Penjual (Sellers Vouchers Page)
Halaman dimana ianya memaparkan koleksi baucar yang disediakan oleh penjual-penjual yang menyertai acara Jualan Akhir Tahun Shopee. Halaman ini tak semestinya keluar semasa acara ini sahaja, tetapi acara-acara lain ianya turut muncul malah, turut muncul juga pada masa bukan acara. Ciri ini sentiasa dikemaskini bergantung kepada ketersediaan baucar yang diajan oleh penjual.

9. Jualan Kilat Jenama (Brands Flash Sale)
Ciri ini mempunyai tawaran-tawaran menarik yang terhad (kebiasaannya 1 – 2 jam) & tempoh yang pendek. Ciri ini merupakan penjanaan oleh Shopee sendiri mengikut ketetapan tawaran yang dibuat oleh penjual itu sendiri. Selagi masa & tempoh produk yang ditetapkan adalah dalam lingkungan yang layak, Shopee akan tetap paparkannya yang dalam ciri ini.

Rajah 1.4 Brand of The Day Banner, Mall BAnner – Popular, In-Mall Brand Card

10. Brand Of The Day Banner
Memaparkan produk-produk dengan jenama yang telah ditetapkan mengikut statisktik jualan yang disusun oleh Shopee. Sekiranya anda menjual produk-produk dengan jenama yang ditetapkan Shopee, maka produk anda akan disenaraikan dalam ciri ini. Sekitar acara Jualan Akhir Tahun, banner ini akan sentiasa terpampang pada halaman utama aplikasi Shopee.

11. Mall Banner – Popular
Khas untuk penjual Mall sahaja. Memaparkan produk-produk kedai Mall dengan tawaran menarik.

12. In-Mall Brand Card
Khas untuk penjual Mall sahaja. Memaparkan logo-logo brand / kedai Mall semasa yang tengah hangat di pasaran.

Rajah 1.5 Shop Card (Homepage), In-Category Banner, Push Notifications

13. Shop Card (Homepage)
Ciri ini memaparkan produk-produk berjenama dengan tawaran promosi sempena Jualan Akhir Tahun nanti. Ciri ini ekslusif kepada Penjual Mall sahaja.

14. In-Category Banner
Banner ini menunjukkan produk-produk di bawah satu kategori spesifik yang ada promosi semasa acara Jualan Akhir Tahun. Kedai-kedai yang bukan Mall berpeluang untuk terkandung dalam banner ini sekiranya mereka menepati syarat-syarat yang diberikan oleh Shopee.

15. Push Notifications
Makluman terkini yang akan dihantar oleh Shopee ke dalam sistem notifikasi pembeli sama ada melalui telefon atau komputer. Makluman-makluman yang dihantar tersebut boleh terdiri dari info semasa (update, maintenance), promosi acara jualan & status pesanan.

Rajah 1.6 EDM Newsletters, Shopee Live, Shopee Prizes

16. EDM Newletters
Dalam ciri ini, Shopee akan mengemelkan kepada pengguna mengenai acara-acara semasa, promosi-promosi menarik oleh Shopee & segala info terbaru yang berkaitan. Kebiasaannya Shopee akan hantar pada setiap minggu, kadang-kadang setiap hari.

17. Shopee Live
Shopee sendiri juga mempunyai akaun khas untuk mereka engage dengan pengguna platform mereka secara live. Gambar profil akaun mereka adalah logo Shopee. Kata pengguna mereka akan bermula dengan kata “shopee_” pada awal perkataan. Shopee akan buat live mengenai topik-topik yang sedang berlaku dalam Shopee.

18. Shopee Prizes
Shopee Prizes ini menyediakan peluang kepada pengguna untuk meraih hadiah yang disediakan pada acara semasa. Ciri ini lebih kurang sama seperti cabutan bertuah. Ciri ini mempunyai tempoh yang sekejap sahaja. Ciri ini tidak dapat diakses lagi apabila tempoh masanya sudah habis.

Rajah 1.7 Shopee Feed Post, Facebook (Pst / Video)

19. Shopee Feed Post
Shopee juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk berkongsi informasi-informasi terkini, termasuk acara Jualan Akhir Tahun Shopee dengan pengguna mereka. Post oleh Shopee biasanya akan dibuat pada setiap hari.

20. Facebook Post (Post / Video)
Di Facebook, Shopee juga mempunyai akaun rasmi mereka. Shopee menggunakan platform ini untuk mencapai pengguna-pengguna mereka dengan lebih luas, sama ada dalam bentuk posting atau video berkaitan informasi terkini dalam platform Shopee. Di Facebook, mereka boleh mendapatkan pengguna-pengguna baru.

Rajah 1.8 Instagram (Post/Story), Shopee Sponsored – FB/Google

21. Instagram (Post / Story)
Instagram juga digunakan oleh Shopee untuk turut serta menyampaikan maklumat-maklumat terkini Shopee. Format maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk post (gambar & video) dan juga story. Platform ini juga membantu Shopee dalam meraih pengguan-pengguna baru platform mereka.

22. Shopee Sponsored – FB / Google
Di Facebook, Shopee menggunakan sponsored posting untuk memaparkan post mereka mengenai info-info semasa yang berlaku di Shopee. Post tersebut akan muncul secara rawak dalam aplikasi pengguna-penggunanya.

Di Google pula, paid search digunakan untuk meletakkan link laman sesawang mereka pada kedudukan teratas pada hasil carian berdasarkan kata kunci yang dimasukkan oleh pengguna dalam kotak carian.

Kesimpulannya, initiatif yang dilakukan oleh Shopee untuk membantu penjual-penjual ketika Jualan Akhir Tahun amat banyak terutamanya dalam memandu trafik / pelawat yang tinggi untuk kedai-kedai penjual dalam Shopee. Apabila trafik Shopee tinggi, makan akan meningkatlah kadar keupayaaan penjual untuk mendapatkan jualan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk sertai acara Jualan Akhir Tahun nanti.

admin

Ridhwan Musa

Related post