KADAR PENGHANTARAN PERCUMA TERBARU (KEMASKINI TERBARU)

 KADAR PENGHANTARAN PERCUMA TERBARU (KEMASKINI TERBARU)

Penghantaran Percuma (FS) adalah satu ciri yang menjadi ikon kepada Shopee di mana ianya menawarkan pembelian dengan penghantaran secara percuma kepada pembeli-pembeli di platform tersebut. Ciri ini juga menjadi salah satu daya tarikan utama kepada pembeli atau pengguna untuk membeli barangan secara online menggunakan platform Shopee.

Shopee telah menetapkan kadar baru untuk Penghantaran Percuma berikutan dengan penetapan kadar baru untuk penghantaran menggunakan saluran Logistik Sokongan Shopee (SSL). Untuk rujukan asal artikel penetapan baru kadar penghantaran menggunakan SSL, boleh tekan sini.

Kembali kepada topik asal, kali ini kita akan tengok penetapan kadar baru oleh Shopee dalam Penghantaran Percuma. Berikut adalah kadar baru yang telah ditetapkan:

Sekiranya penjual adalah dari Semenanjung Malaysia, dan:
1. Pembeli dari Semenanjung Malaysia, RM3.00 adalah kadar baru yang diperuntukkan;
2. Pembeli dari Sabah & Sarawak, RM8.00 adalah kadar baru yang diperuntukkan;

Sekiranya penjual adalah dari Sabah & Sarawak, dan:
1. Pembeli dari Semenanjung Malaysia, RM8.00 adalah kadar baru yang diperuntukkan;
2. Pembeli dari Sabah & Sarawak, RM8.00 adalah kadar baru yang diperuntukkan;


APAKAH KESAN DARIPADA PELAKSANAAN INI?
Kesan ini dapat dilihat pada kedua-dua pihak pembeli & penjual.

Untuk pembeli, mereka secara tidak langsung tidak dapat elak & perlu membayar caj penghantaran walaupun telah menggunakan baucar penghantaran percuma dalam pembelian mereka. Kemaskini terbaru ini mampu mempengaruhi faktor pembelian pembeli pada masa akan datang kerana jangkaan mereka untuk tidak perlu membayar caj penghantaran sudah tidak ada.

Untuk penjual pula, berkemungkinan akan mengalami kejatuhan jualan ekoran daripada kesan ke atas faktor pembelian pembeli. Ini kerana baucar Penghantaran Percuma oleh Shopee boleh dikatakan sudah tidak dibiayai sepenuhnya oleh Shopee & pembeli perlu menampung lebihan caj penghantaran yang dikenakan. Oleh sebab ini, kecenderungan untuk pembeli membeli di kedai penjual akan menjadi rendah & perkara ini akan dialami oleh penjual sendiri mahupun cepat atau lambat.


KESIMPULAN
Kemaskini untuk kadar penghantaran percuma kali ini menampakkan banyak kesan negatif berbanding dengan positif kepada kedua-dua pihka pembeli & penjual. Walaupun begitu, ada kebaikannya juga kepada penjual, di mana Shopee ingin mendorong pembeli untuk tidak menyalahgunakan hak & kelebihan yang mereka ada ketika membeli di Shopee terhadap pihak penjual. Ini kerana sudah ramai penjual mengadukan hal yang melibatkan pembeli yang salah guna cara untuk mengambil kesempatan terhadap penjual mereka.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
mohdarif9606

Mat Arif

Related post