Pengenalan kepada “Fulfilled by Shopee” (FBS)

 Pengenalan kepada “Fulfilled by Shopee” (FBS)

Apakah itu FBS ???

FBS adalah satu penyelesaian secara menyeluruh dalam memenuhi pesanan yang ditawarkan kepada penjual-penjual dalam menguruskan pesanan-pesanan Shopee mereka.

Dengan pergudangan & perkhidmatan memenuhi pesanan Shopee, penjual dapat mengoptimumkan proses & meningkatkan pengalaman pembeli melalui pembungkusan yang tahan lama,penghantaran pantas & proses pulangan / bayaran balik (return / refund).


Siapa yang patut daftar untuk servis ini ???

1. Penjual e-dagang bermusim yang ingin mengembangkan bisnes online mereka tanpa membimbangi penambahan kos atau kemampuan pemenuhan.

2. Peniaga runcit yang ingin menubuhkan satu kehadiran saluran omnichannel pada satu platform e-Dagang yang terkemuka.

3. Penjual baru dalam e-Dagang yang tiada pengalaman dalam pemenuhan pesanan.

4. Mana-mana penjual yang mengalami permasalahan berikut:

  • Kenaikan Pesanan Secara Mendadak Pada Hari Kempen: Tidak dapat penuhi pesanan pada waktunya disebabkan kekurangan sumber.

  • Ruang simpanan yang terhad: Mengembangkan profil-profil SKU memerlukan gudang yang bersesuaian atau pengembangan gudang.

  • Pembatalan & Pemulangan: Nilai kerugian yang tinggi disebabkan penghantaran lewat atau pesanan tidak dipenuhi.

  • Pengurusan Stok: Tidak dapat menjual dengan lebih banyak disebabkan kekurangan ruang untuk menguruskan stok yang berkembang.

  • Jumlah pesanan yang tinggi pada hujung minggu: Jumlah pesanan yang tinggi pada hujung minggu dengan ruangan sedia ada yang terhad.

  • Tawaran bundle:Tidak mampu mengekalkan mekanisme bundle atau hadiah yang sukar.

Apakah faedah-faedah FBS ???

Sebagai penjual FBS, penjual akan menikmati kelebihan-kelebihan berikut:

1. Pendedahan Produk yang Tinggi
Dengan tag / label “Fulfilled by Shopee”, pembeli boleh menapis hasil carian untuk produk-produk FBS & merasa yakin bahawan produk-produk ini akan dihantar dalam keadaan yang baik.

2. Pengurusan Produk yang Profesional
Penjual boleh bergantung kepada kepakaran Shopee dalam menguruskan produk & menikmati pemulangan dengan kadar 2 kali lebih rendah. Shopee akan membayar ganti rugi kedua-dua pihak penjual & pembeli dalam pulangan / bayaran semula (return / refund) untuk tanggungjawab dalam memenuhi pesanan.

3. Logistik Terbaik
Shopee hanya memilih logistik pakatan terbaik untuk menghantar pesanan FBS penjual. Shopee akan pastikan yang mereka mampu untuk capai tahap tinggi dalam penghantaran mereka dalam menguruskan pesanan penjual.

4. Menambah baik kedai & penilaian oleh pembeli
Semua pelanggan-pelanggan Shopee sangat berpuas hati pemenuhan pesanan oleh Shopee. Sehingga kini, Shopee telah mampu mengekalkan rekod cemerlang iaitu 99.5% penilaian bagus (4 bintang & keatas) daripada kesemua pesanan FBS.

5. Keelakan Mata Penalti
Sepanjang penyertaan dalam FBS, kesemua mata penalti berkaitan dengan pemenuhan pada pesanan FBS akan diketepikan untuk ID kedai penjual.

6. Yuran Percuma untuk 2 Minggu Pertama
Daftar harini untuk menikmati 14 hari tempoh percubaan percuma dengan FBS. (*Ini tertakluk kepada penjual yang tidak pernah daftar FBS sahaja*)


Bagaimana untuk mendaftar ???

Klik sini untuk mengisi borang FBS hari ini. Manakala untuk bacaan artikel asal, boleh klik di sini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post