[Info / Tips] Langkah-Langkah Cadangan Semasa Pelaksanaan Kenaikan Commision Fee Untuk Kategori-Kategori Tertentu

 [Info / Tips] Langkah-Langkah Cadangan Semasa Pelaksanaan Kenaikan Commision Fee Untuk Kategori-Kategori Tertentu
Post ni hanya sekadar utk memberi pencerahan, pandangan dan sedikit cadangan. Tak mengapa jika tidak bersetuju. Jika ada yg tidak bersetuju, komen la dgn bahasa yang berhemah. Saya warga cinta damai. 🤣🤣🤣

Di sini saya lampirkan senarai kategori produk yang terlibat dgn kenaikan Commission Fee memandangkan masih ada seller2 yg kurang jelas berkaitan dgn kadar Commission Fee utk kategori tertentu.

Lampiran 1
Lampiran 2
Saya juga ingin mengambil peluang utk memberi pandangan berkenaan beberapa isu yg berkaitan dgn perlaksanaan tersebut. Antaranya;
  • Segelintir seller telahpun submit “Product Campaign” sehingga bulan Februari & ada juga yang margin keuntungannya amat kecil. Jika kenaikan Commission Fee berlaku dalam tempoh tersebut, seller2 tertentu berisiko mengalami kerugian. Mohon tarikh perlaksanaan ditunda ke bulan yang seterusnya.

  • Since Shopee nak offer 10% Rebate Now secara percuma dari 7 – 15 Januari, sy nak cadangkan supaya Shopee mengganti 10% Rebate Now dengan RM15 Free Shipping memandangkan ia selari dgn tarikh Extra Free Shipping Voucher.

  • Kredit Ads & Program sokongan, jika boleh masukkan & Opt Out secara automatik.

    Moving forward from now, jika adanya perkara sedemikian, mohon pihak Shopee kaji dulu tarikh penguatkuasaan supaya seller2 diberi masa secukupnya utk membuat perubahan & sebaiknya “benefit” yang diberi sempena pelaksanaan update adalah dalam bentuk penambahbaikan yg kukuh & bukan lagi “short term benefit” seperti kali ni & tahun yg sebelumnya.

    Diharapkan juga pihak Shopee akan menggunakan perolehan yang datang daripada kenaikan Commission Fee ni sehabis baik utk menambahbaikan aspek2 yang penting seperti;

  • Memastikan kestabilan server
  • Memudahkan proses overcharge claim, R/R Dispute & Appeal, 3PL Change Request dll
  • Memendekkan tempoh yang diperlukan utk menyelesaikan kes2 kecemasan

 

Lastly, mai sy belanja pantun sekerat. haha 😁
Anak landak di tanah cerang,
Di senja kala tidak berkawan,
Bulan tidak sentiasa terang,
Ada kala dilindungi awan.
Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
KC Loong

KC Loong

Related post