[Kemaskini Shopee] Kenaikan Komisen Dalam Kategori-Kategori Tertentu
- News
- Ridhwan Musa
- January 10, 2023
- 0
- 250
- 3 minutes read
Kenaikan Komisen Dalam Kategori-Kategori Tertentu
Bermula 10 Januari 2023, Shopee akan menyemak semula Bayaran Komisen Pasaran berdasarkan kategori produk. Bayaran komisen tersebut akan dilaburkan semula ke dalam platform, bagi Shopee meneruskan komitmen ke arah pertumbuhan & penyediaan perkhidmatan yang lebih berkualiti untuk penjual tempatan & bakal usahawan Shopee.
Untuk terus menyokong perniagaan penjual semasa peralihan ini, penjual akan dapat menikmati faedah-faedah berikut:
- PERCUMA RM100 kredit Shopee Ads sehingga 2 bulan apabila penjual mendaftar untuk Program Shopee Growth
- Program 10% Rebate Now CNY
- Baucar Penghantaran Percuma Tambahan sempena jualan CNY Shopee
BAGAIMANAKAH BAYARAN TERSEBUT DILABURKAN SEMULA KE DALAM PLATFORM?
Sepanjang tahun yang lalu, Shopee telah meningkatkan program sokongan penjual secara bersasar dan mempertingkat perkhidmatan dan ciri aplikasi platform Shopee untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penjual Shopee.
Kemas Kini Bayaran Komisen Pasaran Oleh Shopee
Sila rujuk di bawah untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kadar baharu berdasarkan kategori produk:
Nota:
- Penjual Marketplace yang mempunyai pesanan lengkap kurang dari
100 sejak menyertai Shopee tidak akan dikenakan bayaran komisen. - Pesanan yang lengkap merujuk kepada pesanan berbayar yang
telah dihantar dan diterima oleh pembeli. Ini tidak termasuk pesanan
yang dibatalkan atau dipulangkan/dibayar semula, dan pesanan yang menunggu penghantaran. - Penjual utama (priority sellers) berhak mendapat kadar istimewa.
Sila hubungi pengurus akaun atau ejen masing-masing untuk
mendapatkan butiran lanjut