Program Shopee Growth, Kredit Percuma Shopee Ads, 10% Rebate NOW CNY, Baucar Penghantaran Percuma Tambahan CNY
- News
- Ridhwan Musa
- January 10, 2023
- 0
- 367
- 8 minutes read
PROGRAM SHOPEE GROWTH
Shopee memberikan penjual sehingga RM200 Kredit Shopee Ads PERCUMA yang akan dikeluarkan dari Januari hingga Februari 2023 untuk meningkatkan pendedahan dan jualan produk anda untuk kempen Tahun Baru Cina yang akan datang!
Daftar sebelum 10 Januari 2023 untuk menikmati kesemua faedah berikut.
BAGAIMANA UNTUK MENERIMA KREDIT SHOPEE ADS PERCUMA?
Langkah 1: Daftar
- Daftar butiran anda dengan mengisi borang pendaftaran.
- Anda hanya perlu mendaftar sekali.
- Nota: Untuk pengguna baru Shopee Ads, sila sediakan akaun Shopee Ads anda sebelum mendaftar.
- Klik Di Sini untuk Daftar Sekarang!
Langkah 2: Kelulusan Permohonan
- Selepas permohonan berjaya, anda akan menerima notifikasi bertajuk ‘’Shopee Growth Programme’
Langkah 3: Nikmati Faedahnya
- Anda akan menerima Kredit Shopee Ads secara PERCUMA dalam akaun Shopee Ads anda setiap bulan sehingga Februari 2023.
- Nota: Untuk menikmati kesemua faedah, pastikan anda mendaftar sebelum 10 Januari 2023.
BILAKAH AKAN TERIMA KREDIT SHOPEE ADS PERCUMA?
Nota:
- Masa terakhir untuk setiap tarikh pendaftaran ialah 6 petang.
- ‘Kredit Shopee Ads PERCUMA sah selama 30 hari selepas diterima.
PROGRAM 10% REBATE NOW CNY
Nota: Ini terbuka kepada penjual yang sedia ada sertai dan tidak sertai Program 10% Rebate NOW
BAUCAR PENGHANTARAN PERCUMA TAMBAHAN DENGAN JUALAN CNY SHOPEE
Untuk menggalakkan lebih banyak pembelian semasa CNY, Shopee akan memberikan Baucar Penghantaran Percuma tambahan setiap hari kepada pembeli dari 9 hingga 15 Januari 2023 untuk memacu jualan kedai penjual dan membawa lebih banyak ONG untuk tahun baharu!
SOALAN-SOALAN LAZIM
Bayaran Komisen Pasaran
- Adakah Bayaran Komisen Pasaran akan menjejaskan Shopee Mall dan penjual luar negara?
Jawapan: Tidak, perubahan ini tidak akan menjejaskan bayaran komisen sedia ada yang telah dibayar oleh Shopee Mall dan penjual luar negara. - Adakah Bayaran Komisen Pasaran yang telah disemak semula akan dikenakan pada pesanan yang dibuat sebelum 10 Januari 2023, tetapi lengkap pada 10 Januari 2023 atau selepasnya?
Jawapan: Bayaran Komisen Pasaran yang disemak hanya akan dikenakan kepada pesanan yang dibuat mulai 10 Januari 2023 dan seterusnya. Sebarang pesanan yang dibuat sebelum 10 Januari 2023 tetapi hanya siap pada 10 Januari 2023 atau selepasnya, tidak akan dikenakan bayaran komisen baharu. Untuk melihat butiran penuh bayaran komisen yang telah disemak, sila rujuk di sini. - Saya penjual baru di Shopee. Adakah saya akan dikenakan bayaran komisen?
Jawapan: Sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan, penjual pasaran dengan kurang daripada 100 pesanan lengkap* sejak menyertai Shopee tidak akan dicaj dengan bayaran komisen. Bayaran komisen hanya akan dicaj sekiranya penjual mempunyai lebih daripada 100 pesanan lengkap.
*Pesanan yang lengkap merujuk kepada pesanan berbayar yang dihantar dan diterima oleh pembeli. Ini tidak termasuk pesanan yang dibatalkan atau dipulangkan/dibayar semula, dan pesanan yang menunggu penghantaran. Jumlah pesanan lengkap boleh dilihat melalui Pesanan > Pesanan Saya > Selesai di Pusat Penjual. - Apa yang berlaku jika saya menyenaraikan produk saya dalam kategori yang salah?
Jawapan: Penjual amat digalakkan untuk menyenaraikan produk mereka dalam kategori yang betul atau mereka akan menghadapi risiko dikenakan penalti. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Program Shopee growth
- Bagaimanakah saya tahu sama ada saya layak menerima Kredit Shopee Ads PERCUMA di bawah Program Shopee Growth?
Jawapan: Anda akan layak menerima Kredit Iklan Shopee PERCUMA jika:
• Anda adalah penjual pasaran tempatan di Shopee
• Anda telah membuat lebih daripada O jualan dalam tempoh 30 hari yang lalu dari tarikh akhir pendaftaran
Untuk butiran lanjut, klik di sini. - Adakah saya perlu mendaftar setiap bulan untuk menerima Kredit Iklan Shopee PERCUMA?
Jawapan: Tidak, anda hanya perlu mendaftar sekali. Shopee akan mengeluarkan Kredit Iklan mengikut tarikh pendaftaran anda. - Adakah terdapat tempoh sah untuk Kredit Iklan Shopee PERCUMA bulanan saya?
Jawapan: Ya, Kredit Iklan Shopee PERCUMA akan sah selama 30 hari selepas diterima. - Bagaimanakah saya tahu jika permohonan saya berjaya?
Jawapan: Anda akan menerima notifikasi bertajuk ‘Shopee Growth Programme’ pada tarikh pengeluaran kredit.
Jika permohonan anda tidak berjaya, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
• Anda telah memasukkan nama pengguna Shopee yang salah
• Anda belum memenuhi kriteria kelayakan
Untuk layak mendapat Kredit Iklan Shopee PERCUMA pada bulan berikutnya, sila isi borang pendaftaran sekali lagi sebelum tarikh akhir pendaftaran seterusnya. - Adakah saya akan dikreditkan untuk Januari jika saya terlepas tarikh akhir Februari?
Jawapan: Jika anda terlepas tarikh akhir Januari tetapi mendaftar sebelum tarikh akhir Februari, anda hanya akan menerima faedah untuk Februari.
Untuk menikmati faedah penuh, anda perlu mendaftar sebelum 10 Januari 2023.
Baucar Penghantaran Percuma Tambahan Dengan Jualan CNY Shopee
- Berapakah bilangan Baucar Penghantaran Percuma yang boleh dituntut oleh pembeli setiap hari untuk Jualan CNY Shopee?
Jawapan: Setiap pembeli boleh menuntut satu (1) baucar penghantaran percuma tambahan setiap hari untuk Jualan CNY Shopee dari 9 hingga 15 Januari 2023 kerana kami akan mengeluarkan Baucar Penghantaran Percuma tambahan.