Kenaikan Caj SST dari 6% ke 8% dalam Shopee bermula 1 Mac 2024
Hanya yang kuat dan berusaha keras akan kekal cemerlang di Shopee. Berniaga di Shopee bukan lagi sesuatu yang main². Kini SST telah mencapai sehingga 8%.
Selaras dengan ucapan Bajet 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan dari 6% kepada 8% bagi perkhidmatan yang ditetapkan yang dikenakan cukai, kecuali di mana diberi pengecualian khusus.
Dalam mengambil kira pengumuman tersebut, Shopee akan menyesuaikan kadar SST untuk yuran platform yang dikenakan kepada penjual dari 6% kepada 8% berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.
Sila ambil perhatian bahawa SST dikenakan di atas yuran transaksi, yuran komisen pasaran, yuran perkhidmatan program pemasaran lain yang berkenaan, yuran pengeluaran berulang dompet penjual (jika berkenaan), Pakej Pemasaran Shopee, dan kredit Iklan Bayar.
Perincian bagi pelbagai jenis yuran di bawah Shopee dipaparkan dalam jadual di bawah, dengan yuran sebelum dan selepas SST 8%.
Rujuk artikel asal: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1097