Kriteria Average Preparation Time (APT) untuk Kekalkan Preferred Seller / Preferred Seller+

 Kriteria Average Preparation Time (APT) untuk Kekalkan Preferred Seller / Preferred Seller+

Dalam usaha meningkatkan pengalaman pembeli, Average Preparation Time (APT) akan dijadikan sebahagian daripada kriteria untuk Program Preferred Seller / Preferred+ Seller (PS/PS+) bermula 1 Mac 2024.

APT adalah purata masa yang diambil penjual untuk menghantar sesuatu pesanan. Ianya dikira bermula dari masa pesanan dibayar  sehingga masa pesanan tersebut discan oleh pihak logistik / kurier (sama ada arranged pickup atau drop-off).

NOTA:
Metrik bertindak sebagai tempoh pelonggaran peralihan kepada penjual untuk meningkatkan prestasi masa penghantaran mereka sebagaimana peralihan platform ke arah prestasi kriteria Same Day Handover (SDH) pada Suku ke-2 tahun 2024.

 

AKAN DATANG:

Sokongan kepada penjual: Untuk membantu penjual mencapai metrik penghantaran yang lebih baik, pemotongan masa untuk waktu arrange shipment dan pick-up akan dipanjangkan sehingga 1:00 tengah hari bagi pickups hari yang sama bermula 1 Mac 2024.

Metrik baharu: Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman pembeli, penjual Preferred/Preferred+ dijangka akan menerima tambahan kriteria untuk penghantaran bagi SDH yang akan diperkenalkan pada suku ke-2 tahun 2024. SDH ialah peratus jumlah pesanan sudah dibayar yang diterima dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 2:00 petang, yang telah diserahkan oleh pihak penjual kepada  pihak logistik / kurier pada hari yang sama.

Kemaskini polisi: Penjual Preferred/Preferred+ boleh jangkakan polisi days-to-ship (DTS) akan diperluaskan untuk memasukkan hari Sabtu sebagai hari bekerja pada suku ke-2 tahun 2024. DTS adalah bilangan hari (ditetapkan kepada 2 hari bekerja) untuk suatu pesanan yang sudah dibayar untuk dihantar.

**Maklumat lanjut berkenaan perkara diatas akan diumumkan ketika menghampiri tarikh tersebut.**

KEMASKINI TERBARU KRITERIA

GARIS MASA PENDAFTARAN MASUK & PENDAFTARAN KELUAR

Pendaftaran Masuk

Penjual yang ingin menjadi Preferred atau Preferred+ mesti capai kesemua keperluan yang ditetapkan. Penjual yang layak akan diserta masuk setiap hari Selasa

Pendaftaran Keluar

Untuk mengekalkan status Preferred atau Preferred+, penjual perlu capai kesemua keperluan yang ditetapkan selepas menyertai porgram tersebut. Shopee akan pantau status penjual pada minggu terakhir setiap bulan.

Penjual dinasihatkan untuk sentiasa memantau prestasi mereka di halaman Penjual Preferred atau Preferred+. Penjual juga patut bertindak untuk meningkatkan prestasi mereka sekiranya mereka mendapat notifikasi amaran.

Nota:

  • Shopee akan menilai prestasi kedai penjual pada minggu terakhir setiap bulan, walaupun ianya dalam minggu penyertaan masuk. Penyertaan keluar akan dilakukan pada hari Isnin pertama bulan seterusnya.
  • Penjual boleh terus menerima notifikasi mesej penyertaan keluar pada setiap minggu sepanjang bulan tersebut dan dinasihatkan untuk rujuk ia sebagai ‘amaran’. Penyertaan keluar hanya akan dibuat pada hari Isnin pertama setiap bulan.

SOALAN-SOALAN LAZIM

 

SOALAN

JAWAPAN

1.

Mengapa Shopee perkenalkan satu kriteria prestasi baharu ini?

Pengenalan kriteria APT ini adalah untuk memastikan penjual Preferred / Preferred+ terus beroperasi pada peringkat yang tinggi. Kemudiannya, prestasi tempoh penghantaran untuk Preferred / Preferred akan menignkatkan pengalaman pembeli sebagaimana mereka dapat terima pesanan mereka dengan lebih cepat. Ini akan membina lebih kepercayaan dengan pembeli & akan memacu pesanan ulangan yang lebih tinggi.

2.

Apakah APT? Bagaimana ia dikira?

APT ialah purata masa penjual ambil untuk menghantar sesebuah pesanan. Ianya dikira berdasarkan masa sesebuah pesanan dibayar sehingga masa pesanan tersebut discan oleh pihak logistik / kurier (arrange pickup OR drop-off)

3.

Dimanakah penjual dapat semak APT?

Penjual boleh cari prestasi metric APT mereka melalui Seller Centre > Account Health > Metrics > Fulfilment > Preparation Time.

4.

Bilakah kriteria prestasi baharu akan dijalankan?

Bermula 1 Mac 2024, Penjual Preferred & Preferred+ perlu menepati kesemua keperluan yang ditetapkan untuk kekal dalam program tersebut.

5.

Apakah yang akan terjadi apabila penjual tidak memenuhi kriteria APT pada 1 Mac 2024?

Penjual akan didatar keluar dari program tersebut sekiranya mereka tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan bermula dari 1 Mac 2024 hingga seterusnya. Penjual dinasihatkan untuk memantau prestasi mereka dengan lebih dekat dan buat perubahan-perubahan yang sepatutnya sebelum 1 Mac 2024.

6.

Bagaimanakah APT dikira untuk pesanan berasingan (Split orders)?

APT dikira berdasarkan peringkat bungkusan. Contohnya, terdapat 2 bungkusan dalam satu pesanan:

·        Bungkusan 1 dibayar pada 1 Jan 2024, 12:00 tengah hari dan dihantar pada 2 Januari 2024, 12:00 tengah hari, APT ialah 1 hari.

·        Bungkusan 2 dibayar pada 1 Januari 2024, 1:00 tengah hari dan dihantar pada 1 Januari 2024, 9:00 malam, APT ialah 0.33 hari

7.

Apakah yang akan terjadi jika APT penjual terkesan oleh situasi yang jarang² berlaku, seperti bencana alam?

Jangan risau, Shopee akan ambil tindakan sewajarnya untuk situasi² tersebut. Status penjual yang terkesan tidak akan terjejas.

8.

Bagaimanakah penjual boleh membuat rayuan jika mereka tersilap didaftar keluar sebagai PS/PS+ ?

Penjual yang memeprcayai yang mereka telah tersilap didaftar keluar (contoh, APT terkesan oleh servis logistik / kurier terlewat scanning parcel atau drop-off point ditutup lebih awal dari jadual waktu operasinya) dinasihatkan untuk capai pasukan Khidmat Pelanggan Shopee untuk menghantar rayuan beserta bahan-bahan bukti.

Untuk memudahkan proses rayuan, dinasihatkan untuk sediakan maklumat² terlebih dahulu:

·        ID Pesanan atau ID Item yang terkesan

·        Maklumat & deskripsi rayuan

·        Bukti² berkaitan yang boleh disediakan (seperti manifest, gambar²)

9.

Apa yang akan terjadi bila penjual PS+ gagal untuk mencapai kriteria PS+, tapi masih mencapai kriteria PS?

Penjual PS+ yang gagal untuk capai kriteria PS+ akan didaftar keluar dari Program PS+ dan dimasukkan kedalam Program PS . Penjual PS yang gagal mencapai kriteria PS akan didaftar keluar secara menyeluruh dari Program PS.

10.

Bagaimana penjual dapat sertai balik Program PS/PS+ selepas didaftar keluar & mencapai kriteria yang diperlukan?

Penjual yang telah menambahbaik prestasi kedai mereka & memenuhi kesemua kriteria akan disemak oleh Shopee dan akan dimasukkan balik ke dalam program* tersebut selepas dinilai. Pendaftaran masuk akan selesai pada Selasa setiap minggu.

*Kemasukan semula dalam Program PS/PS+ bergantung atas budi bicara Shopee.

11.

Bolehkah penjual mendapatkan balik status PS/PS+ mereka?

Ya, penjual akan dapat jemputan melalui e-mel atau push notification untuk sertai program² yang bersesuaian selepas mencapai kesemua kriteria. Proses pendaftaran masuk kembali, termasuk semakan penyenaraian  dan pengesahan IC, akan memakan masa minimum 2 minggu.

Untuk artikel asal, sila rujuk sini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post