[KEMASKINI] Kemaskini Shopee berkenaan Auto Cancellation Layer (ACL)

 [KEMASKINI] Kemaskini Shopee berkenaan Auto Cancellation Layer (ACL)

📢 Pengumuman

Bermula 5 Februari 2024, Auto Cancellation Layer (ACL) 1 and 2 akan disemak semula oleh Shopee untuk meningkatkan pengalaman pembeli dan mengekalkan komitmen yang tinggi di kalangan penjual:

  1. ACL 1: Days to Ship (DTS) + 0 hari kalendar
  2. ACL 2: Days to Ship (DTS) + 2 hari kalendar

Auto cancellation ialah salah satu fungsi Shopee untuk membatalkan pesanan untuk membayar balik kepada pembeli sekiranya:

  1. Penjual tidak mematuhi Days to Ship yang ditetapkan untuk produk mereka.
  2. Penjual tidak arrange shipment / menyerahkan pesanan kepada kurier sepanjang dalam tempoh ACL.

Justeru, ianya amat penting kepada penjual untuk ketahui bilakah pesanan yang mereka terima akan dibatalkan oleh Shopee  jika tidak diproses dan tidak dihantar dalam masanya.

Satu peraturan umum untuk penjual mengelakkan auto cancellation adalah penjual perlu menghantar pesanan-pesanan yang diterima dalam tempoh Days to Ship (DTS).

⚠️ Nota
DTS tidak termasuk Cuti Mingguan dan Cuti Umum. Untuk info lanjut mengenai DTS, rujuk artikel “Understanding Days to Ship.

Bermula 5 Februari 2024, 2 lapisan (layer) auto cancellation adalah seperti berikut:

1. ACL 1: DTS + 0 hari kalendar

  1. For Shopee Supported Logistics: Klik “Arrange Shipment” untuk pesanan anda sebelum DTS untuk mengelakkan pesanan anda daripada dibatalkan.
  2. Untuk pesanan dengan “OTHER shipping methods”: Klik “Ship” dan masukkan nombor tracking pesanan anda sebelum DTS untuk elakkan pesanan anda dibatalkan.

2. ACL 2: DTS + 2 hari kalendar

  1. Pastikan pesanan anda telah dihantar dan statusnya dikemaskini sebagai “Item Picked Up / Item Posted” sebelum DTS + 2 hari kalendar untuk elakkan pesanan anda dibatalkan.

⚠️ Nota
Penjual mesti memenuhi minima 10 pesanan berbayar setiap hari untuk mendapatkan pilihan pick up

Contoh berikut adalah untuk membantu anda bayangkan situasi di atas:

  1. Pesanan dibayar pada 9 Januari 2024 (Selasa)untuk item yang mana  DTS ditetapkan untuk 2 hari. Penjual perlu arrange shipment pesanan ini sebelum Ship By Date (SBD) iaitu pada 11 Januari 2024 (Khamis) atau ianya berisiko untuk dibatalkan disebabkan ACL 1 di atas.
  2. Walau bagaimanapun, jika penjual arrange shipment tetapi tidak drop off  pesanan tersebut dekat hub kurier atau picked up, pesanan tersebut akan dibatalkan Shopee disebabkan ianya tidak dihantar pada SBD + 2 hari kalendar iaitu pada 13 Januari 2024 (Sabtu) disebabkan ACL 2 di atas.

Diingatkan bahawa SBD dirujuk sebagai tarikh terakhir penjual perlu menghantar pesanan untuk mengalakkan ia daripada dibatalkan oleh sistem Shopee.

💡 Tip
Untuk memastikan penjual dapat menghantar pesanan tepat dalam tempoh masanya, bungkus siapa produk terlaris anda dengan bubble wrap sebelum kempen untuk lebih efisien dan untuk mengurangkan keperluan tenaga kerja untuk jualan-jualan ini.

Jika penjual gagal menghantar bungkusan pesanan dalam masa DTS + 2 hari kalendar, penjual akan dikenakan penalti Late Shipment Rate (LSR). LSR adalah sistem yang dicipta untuk menjejaki & mengurangkan bilangan pesanan yang lewat dihantar. Penjual dengan bilangan pesanan lewat dihantar yang tinggi akan dikenakan penalti.

Untuk artikel asal, sila rujuk sini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post