Notifikasi Cukai Jualan untuk Produk Import Bernilai RM500 ke Bawah

 Notifikasi Cukai Jualan untuk Produk Import Bernilai RM500 ke Bawah

Dengan permulaan tahun baru 2024, Shopee kini telah memulakan amalan memaparkan notifikasi pada barangan berharga di bawah RM500 yang diimport dari luar negara ke pasaran tempatan. Notifikasi tersebut merangkumi caj cukai jualan sebanyak 10%, yang akan dikenakan ke atas harga barang.

Melalui pemerhatian kami pada sejumlah penyenaraian di Shopee, harga yang dikira dilihat telah menyertakan bersama cukai jualan 10% untuk barangan berkenaan, sebelum pembayaran dilakukan – terutamanya untuk barangan yang dihantar terus dari China.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penguatkuasaan caj cukai jualan 10% untuk barangan bawah RM500 yang dibeli atas-talian dan dihantar terus dari luar negara. Langkah ini sekaligus akan memastikan negara tidak kehilangan pendapatan, serta melindungi penjual tempatan untuk dapat terus bersaing dengan baik bersama penjual luar negara melalui platform atas-talian.

Sumber asal informasi atas: https://amanz.my/2024431072/

Berdasarkan pemerhatian kami, informasi ini amat mustahak & sangat penting untuk penjual-penjual di Shopee. Ini kerana margin jualan mereka mungkin akan turut ada terkesan dengan kemaskini oleh Shopee berkenaan cara baru pengiraan Caj Transaksi yang berkuatkuasa bermula pada 01 Januari 2024.

Anda boleh klik sini untuk baca lebih lanjut berkenaan kemaskini cara pengiraan Caj Transaksi Shopee yang terkini.

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post