Pakej Program Shopee
Pakej Program Shopee
Shopee mempunyai beberapa program yang boleh disertai oleh seller untuk menaikkan lagi sales di Shopee. Antara program yang boleh disertai adalah RM15 Free Shipping Program (FSP), 10% Cashback Program dan Shopee International Platform (SIP).
Untuk SIP, program ini hanya boleh disertai menerusi jemputan oleh Shopee. Jika berjaya sertai, anda boleh mendapat pembelian dari Shopee Singapore.
Artikel ini akan menerangkan secara detail berkenaan RM15 FSP dan 10% Cashback.
Untuk seller basic iaitu seller yang tidak join apa-apa program Shopee, caj Shopee kenakan untuk setiap transaksi jualan adalah 2% (tidak termasuk SST). Seller ini automatik join RM40 FSP dengan menggunakan kurier Shopee Supported Logistic (SSL).
Untuk Seller yang join RM15 FSP, tambahan 4% (tidak termasuk SST) akan dikenakan kepada seller, jadi total adalah 6%.
Untuk Seller yang join 10% Cashbask, tambahan 3% (tidak termasuk SST) akan dikenakan kepada seller, jadi total adalah 5%.
Untuk Seller yang join RM15 FSP dan 10% Cashback, tambahan 6% (tidak termasuk SST) akan dikenakan kepada seller, jadi total adalah 8%.
2% ini dipanggil sebagai Transaction Fee dan 4%@3%@6% dipanggil sebagai Service Fee. Anda boleh lihat ini di bahagian Income Detail untuk setiap pembelian buyer.
Boleh tengok Table di bawah untuk simple penjelasan:
Apa beza RM15 FSP dan RM40 FSP?
Perbezaan yang paling besar boleh nampak adalah:
- Kedai Shopee yang join RM15 FSP akan ada tag RM15 di gambar produk
- Voucher free shipping RM15 lagi banyak berbanding RM40, ratio 6:1
- Perbezaan subsidi shipping. Tengok perbezaan di bawah:
- Lain-lain perbezaan boleh tengok di gambar bawah:
Perbezaan RM15 FSP dan 10% Cashback
- Service fee yang dikenakan adalah berbeza
- Buyer boleh mendapat free shipping untuk kedai yang join RM15 FSP manakala buyer akan mendapat coins 10% dari harga pembelian untuk kedai yang join 10% Cashback (menggunakan voucher yang Shopee sediakan)
- Tag yang berbeza di gambar produk. Boleh tengok di bawah:
Di bawah merupakan kira-kira yang jelas mengikut program:
RM15 FSP
10% Cashback
RM15 FSP + 10% Cashback
Di bawah link untuk join program ini:
RM15 FSP : https://shopee.com.my/m/fspseller
10% Cashback : https://shopee.com.my/m/cashbacksellers
Setiap program mempunyai strategi masing-masing. Anda perlu fikir kedai anda sesuai join program yang mana satu.
Belajar ilmu kira-kira bisnes supaya anda tidak akan rugi walaupun nampak banyak sales.