Program Shopee – Program Rebat SEKARANG
APAKAH ITU PROGRAM 10% REBATE NOW?
Program 10% Rebate NOW adalah sebuah program di mana penjual yang menyertai program ini dapat menawarkan 10% rebat sehingga mencapai rebat maksimum RM120 dalam setiap pembelian kepada pembeli mereka untuk kempen-kempen besar yang akan datang. Ini tertakluk kepada terma & syarat.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR PROGRAM INI?
Langkah 1: Penjual perlu memenuhi keperluan berikut:
– Mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyenaraian produk yang aktif.
– Peringkat penalti adalah kurang dari peringkat 5.
Langkah 2: Klik sini untuk pendaftaran.
APAKAH MANFAAT-MANFAAT YANG DIPEROLEHI?
Baucar 10% Rebate NOW Untuk Pembeli Pembeli boleh menerima sehingga 2 baucar 10% Rebate NOW dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM80, maksimum rebat sebanyak RM120 dalam satu pembelian. | Penambahan pendedahan pemasaran Memandu trafik yang lebih tinggi ke kedai penjual dengan adanya halaman khas & tag 10% Rebate NOW pada produk. |
Tempoh Komitmen Yang Pendek Penjual hanya perlu komited selama 1 hari sahaja untuk menyertai program ini. | Mendapat Lebih Banyak Jualan Penjual yang menyertai dalam program perintis ini telah meraih penambahan jualan sebanyak 113% pada Hari Pengguna 3.15 yang lepas. |
BERAPAKAH CAJ PROGRAM YANG AKAN DIKENAKAN?
Program | Yuran Servis |
Rebat SEKARANG | 4.24% |
Program 10% Cashback + Rebat SEKARANG | 3.18% + 1.06% |
Program Bundle (10% Cashback + RM15 Free Shipping Program) + Rebat SEKARANG | 7.42% + 1.06% |
Program Bundle (10% Cashback + RM14 Free Shipping Program) + Rebat SEKARANG | 6.36% + 1.06% |
SOALAN-SOALAN LAZIM:
1. Bagaimanakah program ini berbeza dengan Program 10% Cashback?
Melalui 10% Rebate NOW, pembeli akan menerima dengan kadar segera 10% rebat sehingga maksimum rebat sebanyak RM120 (untuk pembelian yang melebihi RM80) apabila mereka membuat bayaran menggunakan baucar 10% Rebate NOW.
2. Apakah faedah-faedah pemasaran yang diperoleh daripada program ini?
Penjual boleh menikmati faedah-faedah seperti berikut:
1. Produk akan muncul pada halaman khas untuk program 10% Rebate NOW.
2. Menarik trafik yang lebih tinggi ke kedai dengan tag eksklusif 10% Rebate NOW pada produk.
3. Meningkatkan jualan ekoran pembeli membelanjakan minimum RM80 dalam pembelian mereka.
3. Bolehkah baucar 10% Rebate NOW ini digunakan bersama dengan baucar-baucar yang lain?
Ya, baucar 10% Rebate NOW ini boleh digunakan bersama Baucar Kedai dan/atau baucar Penghantaran Percuma semasa pembayaran dilakukan.
4. Bolehkah baucar 10% Rebate NOW ini digunakan dengan baucar 10% Cashback?
Baucar 10% Rebate NOW ini tidak boleh digunakan dengan baucar 10% Cashback.
5. Jika pembeli tidak menggunakan baucar 10% Rebate NOW semasa pembayaran, adakah penjual masih dikenakan yuran servis program ini?
Ya, penjual akan dikenakan yuran servis program ini walaupun pembeli tidak menggunakan baucar 10% Rebate NOW. Untuk membantu pembeli menggunakan baucar 10% Rebate NOW ini, penjual digalakkan memberi panduan melalui gambar produk, gambar kedai, atau video profil kedai.
6. Adakah baucar 10% Rebate NOW ini terpakai kepada semua produk?
Baucar 10% Rebate NOW ini TIDAK TERPAKAI kepada kategori-kategori produk seperti berikut:
1. Baucar & Tiket
2. Mobile Reloads & Kad SIM
3. Top-ups
4. Kempen One or Not pada produk-produk Kedai Shopee
5. Produk-produk dari Kedai MMA Foundation Store
6. Kad Minyak PETRONAS & Setel
7. Kad Hadiah & E-Baucar
Untuk rujukan artikel asal, boleh baca di sini.