Pulangan & Bayaran Balik (Bhg. 1) – Pengenalan & Gambaran Keseluruhan Proses
Pulangan & Bayaran Balik atau biasa disebut sebagai Return & Refund, merupakan salah satu sistem atau pengalaman yang sudah tidak asing bagi kebanyakan peniaga yang sudah lama dalam bidang perniagaan. Bagi yang baru nak menceburi bidang perniagaan, istilah ini mungkin tidak biasa didengarkan. Secara amnya, Pulangan & Bayaran Balik ini adalah salah satu kes di mana klien / pembeli boleh usulkan kepada penjual mengenai ketidakpuasan pembeli terhadap produk yang dibelinya dari penjual tersebut. Kemudian, penjual akan cuba selesaikan isu yang disampaikan oleh pembeli itu dengan solusi – solusi yang mana dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pembeli & penjual.
Sistem atau pengalaman ini kebanyakan peniaga yang berpengalaman telah melaluinya berikutan untuk mengekalkan prestasi perniagaan mereka untuk tempoh masa yang lama, tidak kira secara offline ataupun online. Tahukah anda bahawa dalam platform Shopee juga menyediakan sistem yang sama? Jadi, artikel kali ini akan membawakan kepada anda mengenai polisi, struktur & carta alir terkini yang terkandung dalam sistem Pulangan & Bayaran Balik di dalam platform Shopee.
Dalam Shopee, Pulangan & Bayaran Balik sememangnya merupakan satu sistem yang telah dibangunkan untuk menangani masalah ini apabila pembeli mengutarakan permintaan ini terlebih dahulu kepada pihak penjual berkenaan ralat pada produk yang mereka beli. Dalam Shopee, terdapat satu sistem yang disebut Jaminan Shopee (Shopee Guarantee). Jaminan Shopee akan menjadi medium pertengahan antara pembeli & penjual dalam suatu transaksi pembelian. Ketika proses pembayaran dibuat oleh pembeli, Jaminan Shopee ini akan bertindak sebagai pemegang bayaran sebelum diserahkan kepada pihak penjual selepas mendapat pengesahan dari pembeli tentang penerimaan barang mereka ataupun tempoh jaminan sudah tamat. Sistem ini juga akan terlibat dalam proses Pulangan & Bayaran Balik apabila pembeli membuat permohonan kepada Shopee untuk meminta bayaran balik atas alasan-alasan yang tertentu mengenai barangan yang mereka dah beli & terima atau belum terima dalam tempoh yang tertentu.
Dalam Shopee, terdapat beberapa faktor yang telah ditetapkan untuk membolehkan pembeli untuk menuntut Pulangan & Bayaran Balik seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah.
Penjual juga diberi pilihan-pilihan yang tertentu oleh Shopee untuk menguruskan permintaan Pulangan & Bayaran Balik oleh pembeli seperti yanga anda dapat lihat dalam gambar di bawah. Penjual diberi masa 3 hari untuk menyelesaikan isu Pulangan & Bayaran Balik. Jika melebihi 3 hari, Shopee secara automatik akan meluluskan permintaan pembeli tanpa sebarang perbincangan dengan pihak penjual. Jadi, penjual digalakkan untuk mengambil serius perkara ini bagi mengelakkan kerugian.
Di samping itu, penjual mempunyai 3 jalan penyelesaian yang disediakan oleh pihak Shopee sendiri. Antaranya ialah:
1. Terima permintaan Bayaran Balik oleh pembeli : Penjual tidak akan terima balik barang dari pembeli. Ini sebenarnya mampu membawa kepada kerugian.
2. Terima permintaan Pulangan & Bayaran Balik: Penjual menerima kembali barang dari pembeli, dengan syarat pembeli mesti telah menerima produk tersebut. Caj pemulangan mungkin akan dikenakan.
3. Membuat pertikaian kepada Shopee & pembeli: Bincangkan permintaan Pulangan / Bayaran Balik dengan pembeli & dapatkan bantuan dari Shopee jika persetujuan bersama tidak dapat dicapai.
SITUASI A: Pembeli Tidak Menerima Barang & Meminta Pengembalian Wang
Penyelesaian:
1. Shopee akan hubungi penjual, pembeli atau kedua-duanya melalui e-mel untuk kemaskini status:
– Kedua-dua pihak perlu sentiasa semak e-mel dari masa ke semasa.
– Penjelasan lanjut kemungkinan diperlukan untuk bukti yang dikemukakan / bukti tambahan diperlukan semasa proses pertikaian.
2. Pembayaran akan dibuat kepada pembeli jika permintaan untuk pengembalian wang berjaya:
– Pembayaran yang dibuat oleh pembeli melalui kad kredit akan dikembalikan dalam masa 7-14 hari bekerja.
SITUASI B: Selain Sebab Pembeli Tidak Menerima Barangan
Penyelesaian:
1. Sama juga seperti penyelesaian bagi SITUASI A. Cuma ada tambahan dimana penjual dibenarkan untuk membuat pertikaian setelah menerima barangan pulangan dalam “Fasa kedua” seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah.
Nota: Setelah penjual menerima barang pulangan, penjual perlu beri maklum balas dalam masa 5 hari sama ada untuk buat pertikaian. Jika tidak, Shopee akan luluskan duit pemulangan kepada pembeli tanpa sebarang rundingan.
*Nota tambahan*:
1. Sekiranya punca didapati dari syarikat kurier / penghantaran, Shopee akan minta pampasan dari syarikat tersebut.
2. Pertikaian yang dibuat dalam Fasa Kedua kebiasaannya atas sebab penerimaan barang dalam keadaan yang rosak oleh pihak kurier.
Baiklah, setakat ini sahaja dahulu berkenaan Pemulangan & Bayaran Balik dan pengenalan kepada Jaminan Shopee. Artikel seterusnya akan membincangkan lagi carta aliran / proses dengan lagi mendalam bagaimana sistem Pemulangan & Bayaran Balik ini berfungsi dalam Shopee. Stay tuned.