Kemas Kini Penting! Proses Pemulangan & Bayaran Balik Bagi Penjual Pilihan & Pilihan+ (10 Januari 2022)

 Kemas Kini Penting! Proses Pemulangan & Bayaran Balik Bagi Penjual Pilihan & Pilihan+ (10 Januari 2022)

Sebagai langkah membuat proses Pemulangan / Pembayaran Balik lebih cekap untuk penjual, Shopee akan menyemak semula semua permohonan permulaan Pemulangan / Pembayaran Balik untuk Penjual Pilihan & Pilihan+ bermula pada 10 Januari 2022. Mohon ambil perhatian perubahan-perubahan utama seperti berikut:

  • Bagi kes tertentu, pembayaran balik akan diberikan kepada pembeli, tetapi penjual dibenarkan untuk mempertikai dengan bukti yang sah sekiranya mereka (penjual) tidak setuju dengan keputusan asal oleh Shopee.
  • Shopee akan bantu untuk semak tuntutan “Saya tidak menerima pesanan” (Bukan Resit) dengan menyemak status bungkusan untuk pesanan-pesanan yang dihantar menggunakan Logistik Sokongan Shopee (SSL)*. Bagi Tanpa SSL, Shopee akan minta penjual untuk menyediakan bukti penghantaran atau nombor pengesanan.
  • Bagi melindungi penjual, pembeli yang mencurigakan akan diletakkan di bawah senarai pemantauan di mana polisi yang lebih ketat akan dikenakan untuk tuntutan Pemulangan / Pembayaran Balik pada masa hadapan.
  • NOTA:
    *Sekiranya pihak kurier kehilangan parcel dalam transit, anda (penjual) dibenarkan untuk meminta pampasan dari Shopee berserta dengan bukti yang sah.
Gambaran Keseluruhan Semakan Semula Proses Pemulangan / Pembayaran Balik
Alasan Pemulangan / Pembayaran Balik Pilihan Pembeli Apakah yang berubah?
Pemulangan Sahaja Pemulangan & Pembayaran balik
Bukan Resit ● Penjual tidak perlu beri maklum balas kepada permohonan Pemulangan / Pembayaran Balik di bawah Bukan Resit.

● Jika pesanan dihantar menggunakan saluran SSL, Shope akan siasat status parcel & beri pampasan kepada penjual sekiranya pihak kurier:
➤ Kehilangan parcel
➤ Telah menghantar parcel ke alamat yang salah (tidak dapat diperoleh semula)
➤ Tidak dapat menghantar kerana item telah rosak semasa dalam transit

● Bagi Bukan SSL, penjual akan diminta untuk menyediakan dokumen sokongan tambahan.
Kehilangan Item 1. Pembayaran Balik sahaja: Jika Shopee memutuskan untuk meluluskan pembayaran balik tanpa pemulangan, penjual boleh pilih untuk terima & selesaikan kes, atau mempertikai keputusan untuk diberi pampasan. Penjual perlu pertikai dan sediakan bukti yang sah dalam masa 3 hari kalenda selepas Shopee membayar balik pembeli untuk pampasan.

ATAU

2. Pemulangan & Pembayaran Balik:
Jika Shopee memutuskan untuk meluluskan pemulangan pembeli, penjual boleh menawarkan pembayaran balik secara penuh, sebahagian ataupun menunggu pemulangan. Penjual bolej membuat pertikaian dalam masa 5 hari kalendar selepas pembeli memulangkan item sekiranya:
– Pemulangan item/produk tidak diterima
– Item diterima tetapi keadaan parcel tidak sama seperti mana penjual menghantar sebelumnya. (seperti rosak, tidak lengkap, tidak tepat)
– Item diterima tapi pembeli telah membuat tuntutan yang salah.

Sekiranya bukti adalah sah & tepat, Shopee akan memberi pampasan kepada penjual dengan jumlah yang sewajarnya.
Rosak / Tidak Berfungsi / Salah / Palsu
Item Yang Tidak Boleh Dipulangkan (seperti mudah rosak / kebersihan / e-Baucar & Tiket) Pembeli akan hanya mempunyai pilihan “Pembayaran Balik” sahaja. Kedua-dua penjual & pembeli akan diminta untuk menyediakan bukti & keputusan akan dibuat sewajarnya.

Sekiranya penjual tidak berstuju dengan keputusan yang dibuat, mereka (penjual) boleh pertikaikan & sediakan bukti dalam masa 3 hari kalendar selepas Shopee membayar balik pembeli. Jika bukti sah, Shopee akan memberi pampasan kepada penjual dengan sewajarnya.

*Dalam kes tertentu, Shopee boleh mempercepatkan proses pembayaran balik & pembeli akan dibayar balik tanpa perlu memulangkan item. Sekiranya penjual tidak bersetuju, mereka (penjual) boleh pertikaikan keputusan tersebut dengan menyediakan bukti-bukti yang penting. Jika berjaya, penjual akan dibayar pampasan, walaupun Shopee telah membayar balik pembeli.

Semoga anda sebagai penjual Shopee peka dengan kemas kini yang penting ini. Diharapkan agar anda semua buat perubahan yang perlu jika ada berkaitan dengan Pemulangan / Pembayaran Balik di masa akan datang.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh klik link ini: https://shopee.com.my/events3/code/3944499435/. Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.

admin

Ridhwan Musa

Related post